Liga Super: Aksi Tewas, Darby Terima Padah Dipecat Serta Merta

Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 10:08 AM

Darby dipecat serta merta selepas Kelantan tewas 4-1 kepada Sime Darby dalam aksi Liga Super pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby dipecat serta merta selepas skuadnya tewas 4-0 kepada Sime Darby pada aksi Liga Super di Stadium Selayang Selasa malam.

Kekalahan tersebut merupakan rekod kelima kekalahan The Red Warriors (TWR) sekaligus menyaksikan tindakan drastik diambil oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dengan memecat jurulatih kelahiran Liverpool itu.

"Banyak masa dan peluang telah diberikan dan banyak kekalahan kita terima dengan sabar. Namun tewas 4-1 adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Sebagai usaha yang terpaksa kita lakukan, ketua jurulatih Steve Darby dilepaskan dari tugasnya berkuat-kuasa serta merta.

"Tugasnya itu akan diambil alih buat sementara oleh Hashim Mustapha dan Zahasmi.

"Seorang jurulatih baharu akan melaporkan diri dalam masa terdekat.

"Keputusan perlawanan ini akan dikaji dengan mendalam oleh satu panel dan jika ada lagi perkara lain yang memerlukan tindakan, maka Kafa akan tetap mengambil langkah-langkah yang lebih tegas demi bola sepak Kelantan," jelas Annuar di laman Facebook miliknya.

Sementara itu, Annuar turut memaklumkan skuad Kelantan bakal disertai pmain baharu kelahiran Ghana.

"Dimaklumkan juga bahawa TWR telah menandatangani kontrak dengan pemain Piala Dunia dari Ghana, Prince Tagoe dan di jangka akan beraksi pada perlawanan akan datang bertemu Sarawak," tambahnya.

Darby dilantik untuk mengendalikan skuad Kelantan bermula 15 November lalu menggantikan Bojan Hodak.

Bekas pengendali Perak dan Johor itu mengikat kontrak selama dua tahun.


Tags / Kata Kunci: Tan Sri Annuar Musa , Kafa , TWR , Steve Darby

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan