Annuar Musa Minta Pengurusan, Pemain Kelantan Fokus Perbaiki Prestasi Semasa

Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 9:28 PM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa meminta pengurusan pasukan serta pemain skuad 'The Red Warriors' supaya memberi fokus bagi memperbaiki persembahan yang semakin merosot sejak kebelakangan ini dalam kempen Liga Super.

Beliau, yang kecewa dengan prestasi hambar pasukan itu, mengakui perbelanjaan untuk saingan Liga Malaysia semakin meningkat namun pemain gagal menunjukkan persembahan sebenar yang setimpal dengan gaji yang diterima.

"Kekecewaan terus berlegar dalam fikiran...sepanjang musim pelbagai usaha di buat untuk memulihkan 'The Red Warriors' dan kadang kala di luar keupayaan...cacatnya pertahanan 'The Red Warriors' begitu sukar dibaiki.

"Disiplin juga dikhabarkan tidak memuaskan. Lima hari di hotel di tengah tengah kota 'melemalkan' beberapa pemain.

"Kecergasan (pemain) tak dijaga dan ada yang dah jadi lebih 'besar' dari pasukan...Saya harap pengurusan juga perbaiki diri dan disiplin kerja," kata Annuar menerusi laman Facebooknya, Rabu.

Annuar pada Selasa membuat keputusan drastik dengan menamatkan kontrak pengendali pasukan berkenaan, Steve Darby selepas mereka diaibkan dengan kekalahan 0-4 kepada Sime Darby FC dalam saingan Liga Super. 

Penolong jurulatih pasukan, Mohd Hashim Mustapha telah dinamakan sebagai pengendali sementara sehingga pasukan berkenaan mendapatkan jurulatih yang baharu.

Di bawah kendalian Darby, Kelantan hanya mencatatkan enam kemenangan, dua kekalahan selain lima kekalahan dalam saingan Liga Super untuk berada di tangga keenam liga.

Mereka turut tersingkir daripada saingan ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas sekadar menduduki tangga terbawah kumpulan G dengan hanya meraih tiga mata daripada lima perlawanan.

Kelantan akan menentang wakil Hong Kong, South China dalam aksi terakhir kumpulan G di Stadium Mongkok, Hong Kong pada 22 April ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan