PDRM Terus Kuasai Kedudukan Liga Perdana

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 9:31 AM

Pemain Import Kedah, Billy Osman (hijau) tenang selepas menjaringkan gol pertama ketika menentang Perlis pada Liga Perdana di Stadium Darul Aman, Isnin. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh cengkaman di puncak Liga Perdana selepas mengalahkan Johor Darul Ta'zim II, 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Isnin malam.

PDRM kini mengumpul 35 mata dengan kelebihan enam mata di hadapan pencabar utama Pulau Pinang yang menduduki tangga kedua selepas 13 perlawanan.

Pemain tengah skuad Sang Saka Biru, Ahmad Ezrie Shafizie Sazali menjadi wirapasukan apabila berjaya meledakkan gol kemenangan selepas 84 minit beraksi.

Pasukan Pulau Pinang kekal di tangga kedua carta liga selepas mengalahkan Sabah 3-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Tiga gol pasukan tuan rumah dijaringkan Muhamad Zamri Chin pada minit ke-52,  Buengo Andre Titi (minit ke-65) dan Lee Gil Hoon (minit ke-71), manakala gol sagu hati Sabah disumbangkan Andre Reinaldo (minit ke-37).

Kedah berpesta gol selepas membelasah Perlis 6-1 di Stadium Darul Aman, AlorSetar. Gol skuad 'Hijau Kuning' dijaringkan Billy Mehmet Osman pada minit ke-10 danke-16, Mohd Faizal  Abu Bakar (minit ke-33), Adam Griffiths (minit ke-45) dan kapten pasukan Baddrol Baktiar pada  minit ke-46.

Kesilapan barisan pertahanan Perlis mengundang padah kepada pasukan Singa Utara itu apabila Mohd Amri Fazal Mat Nor menjaringkan gol sendiri pada minit ke-50, manakala gol sagu hati Perlis disumbangkan Dao Bakary pada minitke-81.

Turut mengutip tiga mata penuh pada aksi Liga Perdana ialah Felda United setelah mengalahkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) 2-1 diStadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Felda United memperoleh gol sulung pada minit ke-16 hasil jaringan Edward Junior Wilson sebelum Makeche Ndumba menggandakan jaringan pada minit ke-58,manakala gol PBAPP disumbangkan oleh Mohd Faiz Mohd Nasir pada minit ke-71.

Di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka, pasukan Negeri Sembilan mengalahkan DRB-Hicom  3-1. Gol Negeri Sembilan dijaringkan Kim Jin Ryong pada minit ke-33, S.Sivanesan (minit ke-37) dan Jozef Kaplan (minit ke-55), manakala gol pasukan DRB-Hicom disumbangkan Ashadi Mohd Yusoff (minit ke-45).

Sementara itu, UiTM FC mengalahkan SPA Putrajaya 2-1 di Stadium UiTM, ShahAlam.

Tags / Kata Kunci: Liga Perdana , PDRM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan