Kos Baik Pulih Stadium Cecah RM100 Juta

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 6:21 PM

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada Selasa diberitahu kos membaiki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dianggarkan bernilai RM100 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Rosli Othman berkata ia termasuk RM18 juta untuk membaiki struktur dan lain-lain kelengkapan, RM20 juta membaiki sistem elektrik, RM14 juta membaiki sistem mekanikal dan RM48 juta untuk membina semula bumbung yang baharu.

"Kerajaan negeri sendiri sangat dukacita kerana SSMZA dibina dengan 100 peratus pembiayaan dari kerajaan negeri," katanya dalam sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Selasa.

Menjawab soalan yang dibangkitkan beberapa wakil rakyat pembangkang mengenai tindakan terhadap pihak yang menyebabkan keruntuhan stadium itu, Rosli berkata juru perunding (SSMZA) kini berdepan tindakan perundangan dan masih dalam proses mahkamah.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan status dan identiti juru perunding berkenaan dengan alasan ia boleh mengganggu prosedur mahkamah.

Stadium berkenaan terpaksa menjalani proses baik pulih setelah bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan