Chelsea Sedia Keluarkan Duit Untuk Costa

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 10:20 AM

Diego Costa

(Ubah saiz teks)

KELAB Chelsea dilaporkan bersetuju melabur sejumlah £50 juta (RM271.81 juta) bagi mendapatkan penyerang Atletico Madrid, Diego Costa.

Pemain kelahiran Brazil ini dijangka akan ke Stamford Bridge selepas kedua-dua pasukan bertemu pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.

Pengurus pasukan, Jose Mourinho mahu mencari pengganti Fernando Torres yang menyertai Chelsea pada tahun 2011 kerana gagal menyerlah musim ini.

Mourinho tidak berselindung mengenai kehendaknya yang mahukan penyerang kelas dunia dan setakat ini Costa menjadi perhatian.

Costa bakal beraksi bersama Sepanyol pada aksi Piala Dunia Jun ini, menjaringkan 32 gol bersama Atletico yang kini menerajui kedudukan Liga Sepanyol.

Pemain berusia 25 tahun ini mengalami kecederaan ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Getafe Ahad lalu, namun dijangka akan kembali menyertai rakan sepasukannya menjelang perlawanan bertemu Chelsea separuh akhir pertama Liga Juara-Juara pada 22 April ini.

Peluang itu pastinya akan digunakan Costa untuk mempamerkan aksi terbaik di depan Mourinho.

Tags / Kata Kunci: Diego Costa , Atletico Madrid , Chelsea

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan