Tunggu 19 April - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 9:34 PM

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak menunggu hingga mesyuarat exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Sabtu ini (19 April) untuk mengetahui sama ada beliau bertanding jawatan presiden atau cuba mengekalkan jawatan timbalan presiden sekarang. 

"Saya susah sikit nak jawab, banyak perkara diperkatakan. Seperti yang dititah oleh Sultan (Presiden FAM Sultan Ahmad Shah), bersabarlah. 

"Kita akan mengetahuinya dalam masa lima hari lagi," titah baginda di sini Isnin ketika diminta mengulas mengenai kedudukan baginda dalam FAM. 

Tengku Abdullah menegaskan hanya anggota-anggota gabungan sahaja yang boleh mengesahkan keputusan pencalonan awal untuk pemilihan kepimpinan tertinggi FAM yang dibuka sebulan sejak 24 Februari lepas. 

"Yang boleh menjawab soalan itu ialah anggota gabungan. Ini melibatkan dua, tiga personaliti, VVIP, Sultan (Sultan Ahmad Shah), Tunku Mahkota (Tunku Ismail). 

"Elok saya tidak buat kenyataan selanjutnya," ujar baginda menjawab khabar angin bahawa baginda mendapat pencalonan terbanyak. 

Sebelum ini, media melaporkan Tengku Abdullah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim disebut-sebut akan mencabar kedudukan Sultan Ahmad Shah sebagai Presiden FAM yang disandang baginda sejak 1984.

Pada 2 April lepas, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tiga pencalonan untuk jawatan presiden telah diterima tetapi tidak mendedahkan nama calon berkenaan atau persatuan yang mengemukakan pencalonan itu.

FAM akan mengadakan pemilihan untuk penggal 2014-2018 sempena Kongres ke-50 badan induk bola sepak negara itu pada 25 Mei ini.

Tags / Kata Kunci: FAM , Tengku Abdullah , 19 April , Presiden

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan