Pendahulu La Liga Atletico Madrid Perkukuh Kedudukan Menang 2-0 Ke Atas Getafe

Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 9:06 AM

Diego Costa menjaringkan gol untuk Atletico Madrid tetapi ia datang bersama kos yang tinggi kerana kecederaan serius yang ditanggungnya selepas terlanggar tiang gol.

(Ubah saiz teks)

PENDAHULU Liga Sepanyol, Atlético Madrid memperkukuhkan kedudukan mereka dengan kelebihan tiga mata selepas menumpaskan Getafe 2-0 hasil jaringan gol Diego Godín dan Diego Costa.

Bagaimanapun kemenangan itu datang bersama kos yang tinggi kerana Costa mengalami kecederaan serius pada lututnya dan terpaksa diusung keluar.

Dengan perlawanan musim ini berbaki lima sahaja lagi, dan Barcelona kini sedang berhadapan dengan prestasi yang menurun,  Atletico berharap mereka dapat mengekalkan rentak tanpa Costa untuk muncul sebagai juara buat pertama kali dalam tempoh dua dekad.

Kali terakhir mereka memenangi La Liga ialah pada 1996 iaitu pasukan yang diketuai oleh pengurus sekarang, Diego Simeone.

Atletico kini memungut 82 mata, Madrid mengikuti rapat di tangga kedua dengan 79 mata dan Barcelona di tempat ketiga dengan 78.

Barcelona terpaksa menyerahkan kedudukan di tempat kedua kepada Real pada Sabtu selepas mereka tewas mengejut 1-0 kepada Granada tetapi Real terus memberi saingan kepada Atletico dengan menang besar 4-0 ke atas Almería.

Getafe: Jordi Codina, Alvaro Arroyo, Ruano Alexis, Lopez Rafa, Soto Roberto Lago, Antonio Juan Rodriguez, Pedro Mosquera, Sanchez Pedro Leon, Angel Lafita, Gimenez Diego Castro, Ciprian Marica, Mehdi Lacen (68'), Perez Adrian Colunga (57'), Jorge Sammir (80').

Simpanan: Julio Cesar, Lisandro Lopez, Pablo Sarabia, Fernandez Borja.

Atletico Madrid: Thibaut Courtois, Torres Juanfran, Joao Miranda, Diego Godin, Kasmirski Filipe Luis, Escudero Raul Garcia, Fernandez Gabi, Mata Mario Suarez, Jorge Koke, David Villa, da Silva Diego Costa, Lopez Adrian (62'), Cristian Rodriguez (86'), Ribas Diego (71').

Simpanan: Daniel Aranzubia, Cardoso Tiago, Toby Alderweireld, Jose Sosa.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan