Nama SuperMokh Terus Dikenang - Tengku Zarina

Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 3:02 PM

Tetap dikenang...Tengku Zarina (kiri) bersama anaknya Nur Arina bergambar di depan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, Kuantan.

(Ubah saiz teks)

HARIMAU mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Peribahasa yang amat sinonim dengan legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Biarpun sudah 23 tahun meninggal dunia, nama beliau tidak pernah dilupakan, lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan sukan bola sepak. Kehebatannya di padang sukar dicari ganti.

Kelincahan menggelecek lawan hingga ke gol sehingga kini masih belum ada yang setanding dengan beliau. Naik turun pasukan bola sepak negara hari ini, sering dijadikan perbandingan pada zaman kegemilangannya.

Peredaran masa tidak menjadikan nama Mokhtar tenggelam, malah semakin lama, semakin dikenang.

Ternyata aura 'SuperMokh' itu terus dijadikan contoh dan bagi terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda, Akademi Bola Sepak Negara yang terletak di Gambang Kuantan kini dikenali sebagai Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari.

Penghargaan ini memberi satu seribu makna kepada isteri Allahyarham, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim. |

Tengku Zarina,58, mengakui akademi bola sepak yang dinamakan sempena nama arwah suaminya begitu bermakna bagi keluarga.

"Saya berterima kasih kepada ke Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) yang berbesar hati menggunakan nama Mokhtar.

"Sukar diluahkan perasaan teruja dan berbangga kerana walaupun beliau sudah lama tiada, nama Mokhtar terus disebut.

"Saya berharap dengan adanya akademi seperti ini, ia mampu melahirkan pemain-pemain yang sehebat atau lebih hebat daripada Mokhtar," katanya.

Tengku Zarina turut hadir bersama anak bongsunya, Nur Arina Mohd Mokhtar,26, pada majlis perasmian akademi ini pada 10 April lalu.

Akademi tersebut bakal dijadikan pusat latihan utama bagi program Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PBBN) Fasa 1 2014-2020,

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan