Juara Liga Jerman Bayern Tewas Kepada Borussia Dortmund

Diterbitkan: Ahad, 13 April 2014 10:39 AM

Pemain Borussia Dortmund Jonas Hofmann meraikan gol ketiga pasukannya ketika mereka menumpaskan Bayern Munich dalam aksi Liga, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

NAIB juara Eropah musim lalu, Borussia Dortmund muncul dari kekalahan mereka di tangan Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah tengah minggu lalu dengan menumpaskan juara Jerman Bayern Munich, 3-0.

Kekalahan tersebut bagaimanapun tidak membawa apa-apa makna buat Bayern yang telah pun dinobatkan sebagai juara liga minggu lalu.

Tetapi ini adalah kekalahan kedua berturut-turut buat Bayern di dalam liga selepas mencipta rekod bermain 53 perlawanan tanpa tewas.

Bagi pengurus Bayern, Pep Guardiola ini adalah kekalahan terbesarnya sejak mengambilalih jawatan tersebut.

Bayern turut menyaksikan pemain Brazil mereka, Rafinha dilayangkan kad merah selepas dia menampar muka pemain Dortmund, Henrikh Mkhitaryan pada masa kecederaan.

Mkhitaryan sebelum itu menjaringkan gol pertama Dortmund pada minit ke-21.

Nasib malang Bayern kemudiannya berterusan apabila mereka terpaksa mengeluarkan penjaga gol Manuel Neuer pada separuh masa kedua kerana cedera.

Pengantinya  Lukas Raeder yang baru berusia 20 tahun dan bermain buat pertama kalinya dalam liga bermula dengan mimpi buruk apabila pada minit ke-49 dia melepaskan gol kedua.

Raeder sekali lagi tidak dapat berbuat apa-apa dengan gol ketiga Dortmund pada minit ke-56 menyebabkan 71,000 penonton di  Allianz Arena terkedu.

Kemenangan ini membolehkan Dortmund berada di tangga kedua liga, mendahului Schalke dengan tiga mata dengan tinggal empat baki perlawanan sahaja lagi untuk dihabiskan.

Tags / Kata Kunci: Bayern Munich , Borussia Dortmund

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan