Barcelona 0-1 Granada

Diterbitkan: Ahad, 13 April 2014 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

NASIB malang terus menimpa Barcelona apabila mereka tewas 0-1 di tangan pasukan kerdil Granada dalam perlawanan liga - hanya selang beberapa hari selepas mereka disingkirkan dari Liga Juara-Juara Eropah.

Gol awal oleh Yacine Brahimi dan kemudian permainan cemerlang penjaga gol Orestis Karnezis, yang hanya bermain untuk kali kedua untuk kelabnya sudah memadai untuk mereka membuatkan Lionel Messi dan rakan-rakan terkedu.

Pemain-pemain Tata Martino seperti kehilangan sentuhan emas mereka sejak tewas di tangan Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara.

Kini mereka ketinggalan satu mata di belakang Atletico Madrid, yang akan bermain pada Ahad.

Martino berkata, harapan mereka untuk mempertahankan kejuaraan kini tipis.

Barcelona akan berhadapan dengan Real Madrid dalam perlawanan akhir Piala Del Rey Rabu ini.

Granada: Karnezis, Nyom, Ilori, Murillo (Mainz 88), Foulquier, Iturra, Fran Rico, Recio, Brahimi (Bravo 65), Piti (Coeff 73), El-Arabi.

Gol: Brahimi 15.

Simpanan: Roberto, Ighalo, Fatau, Success.

Barcelona: Pinto, Montoya, Mascherano, Busquets (Alexis 74), Adriano (Alba 67), Song, Cesc, Iniesta, Pedro, Messi, Neymar.

Kad Kuning: Neymar, Busquets, Messi.

Simpanan: Olazabal, Sergi Roberto, Dani Alves, Tello, Xavi.

Penonton: 23,500.

Tags / Kata Kunci: La Liga , Barcelona , Granada , Tito Martino

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan