Liga Juara-Juara: Barcelona Ikut Man Utd Kecundang Di Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 8:20 AM

Koke (kiri) meraikan gol kemenangannya bersama David Villa

(Ubah saiz teks)

> Atletico Madrid 1-0 Barcelona (agg: 2-1)


INI adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup mereka. Manakan tidak, Atlético Madrid layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah untuk pertama kali dalam tempoh 40 tahun.

Dan mereka mencapainya dengan menumpaskan kelab gergasi iaitu Barcelona dengan agregat 2-1. Kemenangan 1-0 dalam perlawanan kedua malam tadi hasil jaringan Koke pada seawal minit ke-6, sudah memadai untuk mereka layak.

Atletico membuktikan satu perkara lagi - pasukan segagah Barcelona dengan barisan pemain terbaik dunia seperti Lionel Messi dan juga Neymar masih boleh dikalahkan.

Mungkin Manchester United boleh belajar sesuatu daripada mereka selepas ini.

Ada sesuatu tentang Diego Simeone (pengurus Atletico, yang David Moyes (pengurus United) tiada.

Untuk Barca pula kekalahan ini bermakna, buat pertama kalinya mereka gagal melepasi peringkat suku akhir dalam tempoh tujuh musim berturut-turut.

Jika Atletico mampu merampas kejuaraan Liga Sepanyol dari tangan Barcelona musim ini, mereka layak dinobatkan sebagai kelab terbaik dunia musim ini.

ATLETICO: Thibaut Courtois, Diego Godin, Kasmirski Filipe Luis, Torres Juanfran, Joao Miranda,Cardoso Tiago, Jorge Koke, 
Escudero Raul Garcia, Fernandez Gabi, Lopez Adrian, David Villa, Cristian Rodriguez (79'), Ribas Diego (61').

Simpanan: Daniel Aranzubia, Mata Mario Suarez, Toby Alderweireld, Emiliano Insua, Jose Sosa.

BARCELONA: Jose Pinto, Javier Mascherano, Marc Bartra, Ramos Jordi Alba, da Silva Dani Alves, Francesc Fabregas, Hernandez Xavi, Andres Iniesta, Sergio Busquets, Lionel Messi, Junior Neymar, Rodriguez Pedro (72'), Sanchez Alexis (61').

Simpanan: Olazabal Oier, Martin Montoya, Alex Song, Claro Adriano, Carnicer Sergi Roberto

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan