Tottenham 5-1 Sunderland: Adebayor Jaring 2 Gol

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 8:17 AM

Tabik hormat...Adebayor melakukan aksi tabik kepada pengurusnya Tim Sherwood sebaik sahaja menjaringkan gol kedua pasukan itu ketika menentang Sunderland di London pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

> Spurs kini naik tangga ke-6 dengan 59 mata

> Kemenangan ini beri kelebihan dua mata dari Man Utd

> Man Utd jatuh tangga ke-7 liga

> Tim Sherwood buktikan yang Spurs tak perlu tukar pengurus

LONDON: Tottenham Hotspurs di bawah Tim Sherwood pada Isnin malam membenam Sunderland 5-1 untuk naik anak tangga ke tempat keenam liga sekaligus menepis segala spekulasi yang dia akan digantikan dengan pengurus skuad kebangsaan Belanda, Louis Van Gaal musim depan.

Pengerusi Tottenham, Daniel Levy dikatakan telah bertemu dengan Van Gaal untuk membincangkan kemungkinan tersebut.

Mood di sekitar White Hart Lane ialah kononnya Sherwood hanya akan mengendalikan baki lima perlawanan sahaja lagi kerana musim depan, tempatnya akan digantikan dengan seorang yang lebih ternama, terkenal dan lebih pengalaman.

Dia telah mengendalikan 28 perlawanan setakat ini sejak mengantikan tempat Andre Villas-Boas Disember lalu - ada menang dan ada kalah - tetapi persembahan ketika menentang Sunderland ini adalah sesuatu yang istimewa iaitu ketika orang sedang memperkatakan tentang kemampuannya dan masa depannya.

Mungkin mereka bernasib baik kerana bertemu Sunderland yang sedang bergelut dengan prestasi merundum tetapi sebarang persembahan yang hambar dan lebih buruk jika kalah kepada pasukan ini, Tim Sherwood boleh mengucapkan selamat tinggal kepad semua.

Pada mulanya ia nampak seperti itu apabila Sunderland terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-18 tetapi Emmanuel Adebayor mengubah suasana itu pada minit ke-28 dengan jaringan golnya.

Christian Eriksen, yang merupakan enjin utama di bahagian tengah adalah pencipta untuk gol pertama itu dan dia persembahannya memastikan bukan sahaja mereka menang tetapi menang besar.

Sekurang-kurangnya mereka membetulkan keadaan minggu lalu yang menyaksikan mereka tewas 4-0 di tangan Liverpool.

Nasib Sunderland dan pengurus Gus Poyet seolah-olah seperti sudah tertulis.

Bayangkan dalam minggu-minggu mendatang mereka dijadualkan bertemua Chelsea dan selepas itu Manchester United pula.

Dalam keadaan sekarang bagaimanakah agaknya mereka akan mencapai kemenangan apatah lagi prestasi kedua-dua pasukan itu sedang menacak naik.

Tottenham: Lloris 6; Naughton 5.5, Chiriches 4, Kaboul 5, Rose 5.5; Lennon 6 (Townsend 84), Chadli 6 (Sigurdsson 82), Paulinho 6 (Veljkovic 88), Eriksen 7.5; Adebayor 7, Kane 7.

Simpanan: Friedel, Fryers, Bentaleb, Sandro

Gol: Adebayor (2), Kane, Eriksen, Sigurdsson

Sunderland: Mannone 6; Bardsley 5, Brown 4, Cuellar 5 (Gardner 72), Vergini 5, Alonso 5; Ki 5, Bridcutt 5.5, Cattermole 7 (Scocco 72); Johnson 7; Borini 5.

Simpanan: Larsson, Wickham, Colback, O'Shea, Ustari.

Kad Kuning: Alonso, Cattermole

Gol: Cattermole

Stadium: White Hart Lane, Tottenham, London.

Jumlah Penonton: 34,410

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan