Arsenal: Kami Perlu Bangkit Segera - Ramsey

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 1:09 PM

Ramsey gesa rakan-rakan supaya bangkit pada aksi separuh akhir Piala FA Sabtu ini.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Arsenal, Aaron Ramsey menyeru rakan sepasukannya untuk bangkit menjelang perlawanan separuh akhir Piala FA 12 April ini.

Skuad yang dibimbing Arsene Wenger kini dilihat sedang bergelut dengan prestasi semasa selepas tewas 3-0 kepada Everton pada aksi Liga Perdana Sabtu lalu. 

The Gunners kini hanya kelebihan satu mata (64 mata) di atas The Toffees untuk kedudukan keempat liga. 

"Kami perlu kembali bangkit segera. Kami masih mempunyai banyak mata untuk dikutip.

"Kami kini dalam saingan separuh akhir, jadi penting untuk berada di landasan yang betul. 

 "Kami perlu bergandingan bahu, bekerjasama. Dalam aksi liga pula, hanya baki lima perlawanan lagi dan perlu menang semuanya untuk menamatkan saingan di kedudukan keempat ataupun lebih tinggi.

"Saya yakin, Everton masih mempunyai beberapa perlawanan sukar, tetapi perlu ingat bahawa semua perlawanan liga sangat sengit.

"Banyak pasukan mampu menegecewakan antara satu sama lain, jadi kami perlu berwaspada. Apa yang penting, fokus dan teruskan permainan bagi mengutip baki 15 mata ini," jelas Ramsey.

Selain itu, aksi separuh akhir Piala FA ini turut menyaksikan Hull City bakal berdepan dengan Sheffield United pada 13 April bagi memburu satu lagi tiket ke final.

Tags / Kata Kunci: Aaron Ramsey , Arsenal , The Gunners , The Toffees

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan