P.Pinang Sasar Beraksi Dalam Liga Super Musim Depan

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 7:55 PM

Pemain Pulau Pinang, Lee Gil Hoon (jersi 27) mengawal bola beraksi dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Bandaraya di George Town pada 24 Mac lalu. Setelah memperoleh semangat daripada prestasi meyakinkan dalam Liga Premier, Pulau Pinang kini berharap akan dapat bersaing kembali dalam Liga Super pada musim akan datang. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Setelah memperoleh semangat daripada prestasi meyakinkan dalam Liga Premier, Pulau Pinang kini berharap akan dapat bersaing kembali dalam Liga Super pada musim akan datang. 

Kini, Pulau Pinang menduduki tangga kedua di kalangan 12 pasukan yang beraksi dalam Liga Premier setelah melalui 11 perlawanan, sama seperti pendahulu carta, Polis, yang mendapat kelebihan melalui perbezaan gol.

Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff berkata pada mulanya, mereka (FAP) hanya menetapkan sasaran sederhana iaitu menduduki satu daripada empat tangga teratas pada musim pertama Liga Premier.

"Kami sudah mencapai sasaran kami melalui 11 perlawanan pertama dan berharap kami dapat mengekalkan momentum ini apabila bermain dalam 11 perlawanan seterusnya. Kini, harapan saya adalah mereka akan muncul sekurang-kurangnya sebagai satu daripada dua pasukan teratas pada musim ini untuk mendapat peluang bermain dalam Liga Super pada musim akan datang," katanya apabila dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Terdahulu, FAP mendapat semangat baharu apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada persatuan itu melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kerana prestasi cemerlang mereka dalam 11 perlawanan pertama musim ini.

Nazir berkata, FAP mengambil keputusan merombak barisan pemain skuad itu bagi mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang dalam liga berkenaan.

"Seorang atau dua pemain tempatan akan berehat kerana masalah kecederaan, manakala seorang daripada pemain asing akan digugurkan," katanya.

Menurut beliau Pulau Pinang kini dalam proses mendapatkan khidmat penyerang Brazil Luis Ricardo, 24, serta seorang atau dua pemain tempatan lain.

"Kami perlu kemukakan perubahan yang dibuat ini kepada Persatuan Bolasepak Malaysia sebelum 22 April dan kami akan mengumumkannya setelah kami secara sah melakukan perubahan yang dimaksudkan," katanya.

Pulau Pinang sudah memenuhi kuota maksimum empat pemain asing dan sebarang tindakan mengambil pemain baharu bererti seorang daripada pemain sedia ada - pemain Brazil Hilton Mauro Moreira, Lee Gil-hoon dan Lee Kwang-hyeon (Korea Selatan) dan Buengo Andre Titi (Angola) - akan digugurkan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan