Kelantan Tewas 2-3 Kepada Yangon United

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 11:14 PM

Pemain Kelantan, Francis Forkey Doe (tengah) mengawal sepakan bolanya daripada cuba dirampas oleh pemain Yangon United, Aleksandar Vasilev (kiri) dan Aung Zaw (kanan) dalam perlawanan Kumpulan G, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu, malam Selasa. Foto SAZUKI EMBONG / THE STAR

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kelantan gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 2-3 kepada kelab Yangon United dari Myanmar dalam perlawanan Kumpulan G, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam Selasa.

Kelantan terpaksa bermain tanpa penyerang importnya Mohamad Ghaddar akibat kecederaan dan dikejutkan dengan jaringan awal pasukan pelawat pada minit ke-24 menerusi sepakan rendah Cezar Augusto Hermenegildo yang melepasi jangkauan Khairul Fahmi Che Mat.

Pada aksi separuh masa kedua,  Kelantan yang memperkemaskan jentera serangan berjaya membuat gol penyamaan pada minit ke-49 apabila sepakan Mohd Khairul Izuan Rosli dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol lawan Pyae Phyo Oo.

Pasukan tuan rumah kemudiannya mendahului pelawat pada minit ke-54 menerusi sepakan Wan Zaharul Nizam Zakaria.

Bagaimanapun Yangon United membuat serangan balas menerusi Emerson Reis Luiz pada minit ke-64 dan kemudiannya memperoleh gol kemenangan pada minit ke-80 menerusi Kyaw Ko Ko.

Kekalahan itu melenyapkan impian Kelantan untuk mara ke pusingan seterusnya. 

Pemain Kelantan:

Khairul Fahmi Che Mat (GK), Tuan Muhamad Faim Tuan Zainal Abidin, Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Tg Hasbullah Raja Hassan, Wan Zaharul Nizam Zakaria, Amar Rohidan, Mohamad Ghaddar, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Zairul Fitree Ishak, Francis Forkey Doe.

Pemain Yangon United:

Pyae Phyo Oo (GK), Aunh Zaw, David Htan, Aleksandar Vasilev, Kyaw Ko Ko, Yaza Win Thein, Cezar Augustu Hermenegildo, Aung Thaik, Khin Maung Lwin (kapten), Emerson Reis Luiz, Pyaye Phyo Aung.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan