Felda United Sasar Slot Liga Super

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 11:37 AM

Pemain Felda United FC, Indra Putra Mahayuddin (kanan) diasak pemain Kedah, Khairul Helmi Johari pada Perlawanan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Felda United FC Irfan Bakti Abu Salim yakin peluang untuk pasukan itu mencuri slot ke Liga Super musim depan tetap cerah selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Kedah malam Isnin.

Katanya selepas banyak merekodkan keputusan seri dalam pusingan pertama Liga Perdana, keputusan malam tadi merupakan tonik terbaik untuk pasukan itu merapatkan jurang dengan dua pasukan teratas iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pulau Pinang.

"Kami akan teruskan perjuangan untuk merebut slot ke Liga Super," katanya kepada pemberita selepas perlawanan ituyang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, di sini.

Penyerang import dari Liberia, Edward Junior Wilson muncul wira skuad 'The Settlers' selepas meledak gol kemenangan pada minit ke-59.

Keputusan itu mengekalkan Felda United di tangga ketiga liga dengan 22 mata selepas 11 perlawanan.

Sementara itu, ketua jurulatih Kedah David Mitchell menyifatkan kekalahan tipis di tangan Felda United, iaitu kekalahan kelima Kedah, tidak menutup peluang pasukannya merebut slot ke Liga Super musim depan.

"Memang agak mustahil untuk mengejar PDRM selaku pendahulu liga dengan jurang mata begitu besar berbanding pasukan kami, tapi saya yakin kami boleh mengejar Pulau Pinang.

"Kami akan cuba memperbaiki permainan kami dan berusaha mendapatkan gol selain memastikan gawang sendiri tidak bocor," katanya. 

Kedah setakat ini di tangga kelima dengan 16 mata. 


Tags / Kata Kunci: Kedah , Felda United , Liga Super

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan