Liga Juara-Juara: Empat Pasukan Jadi Tumpuan Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 9:11 AM

Penyerang berbisa Real Madrid, Christiano Ronaldo (kanan) menjalani latihan bersama rakan sepasukan menjelang aksi bertemu Borussia Dortmund awal pagi Rabu.

(Ubah saiz teks)

PERTEMBUNGAN aksi Liga Juara-Juara suku akhir kedua minggu ini menyaksikan hanya Real Madrid sahaja yang boleh dianggap berada dalam kedudukan selesa setakat ini. 

Kelab gergasi Sepanyol itu mencatat kemenangan 3-0 ke atas Borussia Dortmund pada perlawanan pertama dan mempunyai 93.9 peratus untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir pada aksi timbal balik ini. 

Pasukan Paris Saint-Germain yang juga turut meraih tiga gol berbalas satu ketika menentang Chelsea, mempunyai 75.8 peratus kemungkinan untuk berada dalam kelompok empat terbaik. 

Manakala Manchester United dan Barcelona optimis untuk menambah jaringan selepas terikat seri 1-1 dengan lawan masing-masing - Bayern Munich dan Atletico Madrid sebelum ini.

Manchester United-Bayern Munich (1-1)

Man United akan berkunjung ke Allianz Arena, Munich bagi aksi awal pagi Jumaat  ini mempamerkan aksi cemerlang Sabtu lalu dalam saingan Liga Perdana selepas menewaskan Newcastle 4-0. 

Kemenangan ke atas Stoke Sabtu lalu memberi semangat buat pasukan Man United menjelang pertemuan dengan Bayern awal pagi Khamis.

Manakala agak malang buat Bayern yang tewas buat kali pertama dalam 54 perlawanan Liga Jerman apabila tewas tipis 0-1 kepada Augsburg.

Walaupun anak buah Josep Guardiola sudah mengesahkan gelaran liga milik mereka, namun juara Eropah itu mengalami beberapa isu di posisi tengah dan perlu membuat pilihan terbaik menjelang pertemuan dengan Man United berikutan Bastian Schweinsteiger dan Javi Martinez digantung permainan manakala Thiago Alcantara mengalami kecederaan.

Chelsea-Paris Saint-Germain (1-3)

Chelsea  dilihat mempunyai gaya permainan yang lebih kurang sama dengan PSG , mencatat kemenangan 3-0 tanpa sebarang pertukaran ke atas Stoke City Sabtu lalu. 

Ini menyaksikan The Blues merekodkan aksi tanpa kalah di laman sendiri sejak Jose Mourinho mengambil alih pengurusan di Stamford Brige dalam 77 perlawanan. 

Manakala PSg pula akan meneruskan aksi tanpa ayam tambatannya, Zlatan Ibrahimovich yang cedera dan turut merehatkan lapan orang pemain yang lain. 

Namun itu tidak merencatkan aksi PSG untuk menjarakkan defisit dua gol dengan Chelsea. 

Atletico Madrid- Barcelona  (1-1) 

Biarpun dianggap bukan pasukan pilihan berbanding Real Madrid dan Barcelona, Atletico Madrid memberi amaran awal kepada pasukan lain bahawa mereka tidak boleh dipandang sebelah mata, lebih-lebih lagi kini mereka berada di kedudukan teratas Liga Sepanyol berikutan kemenangan 1-0 ke atas Villarreal. 

Pertemuan kedua dengan Barcelona ini menjadi satu perlawanan penting buat mereka untuk mara ke aksi seterusnya. 

Barca bakal beraksi tanpa dua pemain pertahanan mereka dan penjaga gol Victor Valdes yang mengalami kecederaan. 



iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan