Liverpool Kembali Ungguli EPL Selepas Tewaskan West Ham 2-1

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 1:46 AM

Steven Gerrard, kapten Liverpool melonjak kegembiraan bersama-sama rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol kedua Liverpool dalam perlawanan menentang West Ham di London, pada Ahad. Liverpool menang 2-1.

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL kembali mengetuai Liga Perdana Inggeris selepas Chelsea merampasnya untuk tempoh 24 jam.

Mereka menang 2-1 ke atas West Ham pada Ahad - terima kasih di atas sumbangan gol kapten pasukan, Steven Gerrard menerusi dua sepakan penalti.

Guy Demel menjaringkan gol tunggal West Ham dan bekas penyerang Liverpool, Andy Carrol hampir-hampir menjaringkan gol kedua West Ham apabila tandukannya terkena palang.

Ahad depan, Liverpool akan menerima kunjungan Manchester City di Anfield.

Jika menang, mereka sudah boleh berangan untuk menjulang Liga Perdana, yang kali terakhir mereka menang ialah 24 tahun yang lalu.

West Ham: Adrian 5.5, Demel 6.5, Reid 7, Tomkins 7, Armero 6, Noble 6.5, Taylor 6 (Jarvis 78), Diame 6.5 (Cole 85), Nolan 5 (Nocerino 68, 5), Downing 5, Carroll 6.5.

Simpanan: Jaaskelainen, C Cole, J Cole, Potts, Johnson.

Kad Kuning: Tomkins, Adrian, Nocerino, Armero.

Gol: Demel 45.

Liverpool: Mignolet 7, Johnson 6, Skrtel 7, Sakho 6, Flanagan 6, Henderson 6.5, Gerrard 8, Coutinho 5 (Lucas 45, 7), Suarez 7, Sterling 6, Sturridge 5.5 (Toure 85).

Simpanan: Jones, Toure, Cissokho, Moses, Allen, Aspas.

Gol: Gerrard (pen) 44, (pen) 71.

Stadium: Upton Park, London.

Jumlah Penonton: 34,977.

Kedudukan Pasukan Selepas Malam Ahad, 6 Apr 2014:

1 Liverpool 33 (permainan)-74 (mata)

2 Chelsea 33-72

3 Man City 31-70

4 Arsenal 33-64

5 Everton 32-63

6 Man Utd 33-57

7 Spurs   32-56

8 S'ton   33-48

9 Newcastle 33-46

10 Stoke   33-40

11 West Ham 33-37

12 Hull City 33-36

13 Aston Villa 32-34

14 Crys. Palace 32-34

15 Swansea City 33-33

16 WBA 32-32

17 Norwich 33-32

18 Fulham 33-27

19 Cardiff City 33-26

20 Sunderland 30-25


iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan