Pahang Rampas Kedudukan Teratas Liga Super

Diterbitkan: Ahad, 6 April 2014 12:02 AM

Pemain Pahang, Matias Ruben Conti (kanan) gagal menjaringkan gol apabila diasak oleh pemain T-Team, Mohd Hasbullah (tengah) dan penjaga gol, Mohd Shahril pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pahang berjaya merampas kedudukan teratas Liga Super daripada Terengganu selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas T-Team di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam Sabtu.

Dengan kemenangan tersebut skuad Tok Gajah kini mengumpul sebanyak 22 mata dengan perbezaan dua mata di hadapan pencabar utama, Terengganu dan Selangor yang masing-masing mengumpul 20 mata.

Pahang menjaringkan gol pertama menerusi penyerang berasal dari Argentina, Matias Ruben Conti pada minit ke-60.

Zeshan Rehman kemudianya mengesahkan kemenangan bagi pasukan Tok Gajah apabila menjaringkan gol hasil tandukan pada minit ke-88.

Selangor terus kekal di kedudukan kedua carta liga setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak di Stadium Perak, Ipoh.

Paulo Rangel menjadi wira skuad Gergasi Merah apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-21 hasil sepakan penalti selepas S. Veenod dijatuhkan oleh pemain Perak.

Kelantan turut mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) 1-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.

Pemain import'The Red Warriors', Mohamed Shawky Aly menanduk hantaran silang dari kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi, pada minit ke-60.

Pasukan Lions XII pula mengalahkan pasukan Sime Darby 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Lions XII berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-52 hasil tandukan yang dilakukan oleh Muhammad Safuwan Baharudin.

Selang 10 minit kemudian, pasukan dari Singapura itu menggandakan jaringan menerusi Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan