Ibrahimovic Tidak Dapat Beraksi Selama Sebulan

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 4:50 PM

Penyerang St Germain Zlatan Ibrahimovic (kiri) memberikan cabaran kepada pemain Chelsea John Terry dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di stadium Parc des Princes, Paris, Khamis. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

PARIS: Penyerang Paris Saint Germain (PSG) Zlatan Ibrahimovic yang mengalami kecederaan akan terlepas peluang untuk beraksi untuk sekurang-kurangnya empat minggu dan akan terlepas untuk bermain dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Chelsea Selasa ini kata Presiden PSG Nasser al Khelaifi, Khamis.

"Dia tidak akan bermain di Chelsea. Ia adalah mustahil," kata Al Khelaifi kepada radio RMC.

"Kami sedang menunggu keputusan ujian tetapi saya rasa dia akan terkeluar untuk sekurang-kurangnya empat minggu".
Tags / Kata Kunci: Zlatan Ibrahimovic , PSG

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan