Nottingham Forest Sahkan Pelantikan Stuart Pearce Sebagai Pengurus Baru

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 11:19 PM

Stuart Pearce sebagai pemain Forrest diera kegemilangan kelab itu

(Ubah saiz teks)

BEKAS juara Piala Eropah, Nottingham Forest tetapi kini bermain dalam Divisyen Satu Liga Inggeris mengumumkan pada Khamis pelantikan bekas Pengurus Skuad Bawah-21 Tahun England, Stuart Pearce sebagai pengurus mereka yang baru  berkuatkuasa 1 Julai ini.

Dia akan menandatangani kontrak selama dua tahun.

Pearce yang pernah bermain untuk Forest berkata; “Penghormatan yang diberikan kepada saya untuk kembali ke kelab ini sebagai pengurus adalah terlalu besar untuk ditolak. Tetapi apa yang telah saya lakukan di sini sebagai seorang pemain sama sekali tidak relevan dengan pelantikan ini."

Bekas kapten Forest itu pada mulanya menolak tawaran tersebut atas alasan kekeluargaan tetapi kemudiannya berubah fikiran dan bersedia untuk mengantikan seorang lagi bekas pemain Forest, Gary Brazil yang kini berperanan sebagai pengurus interim.

"Saya berhadapan dengan urusan peribadi yang menyebabkan saya berfikir ini bukanlah masa yang sesuai untuk kembali menguruskan sebuah pasukan," kata Pearce yang berusia 51 tahun itu "tetapi apabila Forest datang kembali dan membuat tawaran baru iaitu saya boleh bermula musim depan maka saya terpaksa berfikir dua kali kerana ia kini sesuai dengan situasi saya."

Pearce, yang diberi nama jolokan "Psycho" kerana gaya permainannya yang kombatif menyertai Forest dari Coventry City pada 1985 dan meninggalkan kelab itu selepas berperanan sekejap sebagai pengurus sementara pada 1997.

Forest memecat Billy Davies sebagai pengurus beberapa minggu yang lalu selepas prestasi kelab itu merudum sehingga menjejaskan peluang mereka untuk kembali ke liga perdana musim depan.

Mereka kini berada di tangga ketujuh liga dan hanya dua mata sahaja untuk berada dalam kedudukan yang melayakkan mereka bermain dalam pusingan 'play-off' untuk menjadi pasukan ketiga layak naik ke liga perdana. Hanya dua pasukan teratas liga sahaja yang layak secara automatik.

Selain Forest, Pearce juga pernah bermain untuk Newcastle United, West Ham dan Manchester City.

Dia juga pernah menjadi pengurus Manchester City selama dua musim bermula 2005.

Pearce meninggalkan City untuk mengurus pasukan Bawah-21 Tahun England pada 2007 sehinggalah Jun tahun lalu. Dia mewakili England sebanyak 78 kali termasuklah bermain dalam Piala Dunia 1990 yang menyaksikan mereka melangkah ke separuh akhir sebelum tewas kepada Jerman dalam sepakan penalti.


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan