Liverpool Perlu Menang Baki Perlawanan Untuk Julang Trofi Liga

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 1:35 PM

Rodgers melakukan percaturan terbaik membawa skuadnya ke puncak liga.

(Ubah saiz teks)

PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu rancak dengan pelbagai 'drama' yang menyaksikan perubahan sengit dalam kedudukan pasukan. 

Hampir tujuh minggu Chelsea mengetuai takhta liga, akhirnya posisi itu diragut Liverpool selepas menang 4-0 keatas Tottenham pada aksi pagi Ahad.  

Kemenangan itu sekaligus memberi 71 mata keseluruhan dalam 32 perlawanan kepada pasukan kendalian Brendan Rodgers ini. 

Manakala Chelsea yang dibimbing Jose Mourinho gagal menambah mata apabila kalah tipis 1-0 kepada pasukan tercorot Crystal Palace gara-gara gol sendiri oleh John Terry. 

Berbaki enam perlawanan setiap pasukan, Liverpool dilihat berada dalam radar untuk menjulang trofi dalam tempoh 24 tahun musim ini sekiranya mereka konsisten menang kesemua perlawanan.

Lebih menarik, perebutan gelaran ini bukan sahaja tertumpu kepada The Reds dan The Blues sahaja, tetapi kemaraan Manchester City turut diberi tumpuan.

Walaupun kini ketinggalan empat mata (67 mata, 30 perlawanan) daripada Liverpool, skuad Manuel Pellegrini itu mempunyai kelebihan dua perlawanan berbanding Chelsea dan Liverpool.

Sekiranya Man City berjaya 'menyapu bersih' kesemua perlawanan, mereka mampu mengatasi kedudukan Liverpool dan Chelsea.

Dalam baki enam perlawanan selepas ini, Liverpool turut berdepan dengan Chelsea dan Man City di laman sendiri yang bakal menyaksikan aksi genting bagi ketiga-tiga pasukan tersebut.

Pasukan keempat, Arsenal yang kini mencatat 64 mata (32 perlawanan) pula perlu mencari tonik baharu sekiranya mahu kekal di kedudukan ini. 

Arsenal yang dibimbing Arsene Wenger dilihat semakin hilang sengat selepas tewas besar kepada Chelsea 6-0 dua minggu lalu. 

The Gunners ini terpaksa berebut tempat dengan Man City, namun mereka perlu berhati-hati kerana  kelebihan tetap di tangan skuad Pellegrini.

Baki perlawanan Liverpool:

West Ham - 6 April

Man City -13 April

Norwich -20 April

Chelsea - 27 April

Crystal Palace - 3 Mei

Baki perlawanan Chelsea:

Stoke City - 5 April

Swansea -13 April

Sunderland - 20 April

Liverpool -27 April

Norwich City - 3 Mei

Cardiff City -11 Mei

Baki perlawanan Manchester City:

Southampton - 5 April

Liverpool -13 April

Sunderland - 16 April

West Brom - 21 April

Crystal Palace - 27 April

Everton - 3 Mei

Aston Villa - 7 Mei

West Ham -11 Mei

Baki perlawanan Arsenal:

Everton - 6 April

West Ham - 15 April

Hull City - 19 April

Newcastle - 28 April

West Brom - 3 Mei

Norwich - 11 Mei






iklan

Kolumnis

iklan

Iklan