Mukhriz Yakin Kedah Mampu Raih Ke Slot Liga Super

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mac 2014 3:57 PM

Mukhriz menerima replika cek bernilai RM250,000 daripada SM Nasarudin dalam majlis penyerahan tajaan dari Kumpulan Syarikat-Syarikat Naza Kepada KFA di Naza TTDI, Kuala Lumpur pada Jumaat. Turut hadir Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Faliq SM Nasimuddin (kiri) dan Naib Presiden Kedah FA Datuk Jeffrey Low (kanan).

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah  (KFA) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir masih percaya dengan kemampuan pasukan berkenaan untuk meraih slot ke Liga Super musim depan.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, walaupun skuad 'Helang Merah' kendalian David Mitchell itu mempamerkan aksi yang tidak menentu dalam saingan Liga Perdana musim ini, beliau yakin mereka akan kembali bangkit pada baki saingan liga.

"Saya ingat antara cabaran kita hadapi (musim ini) adalah soal konsisten, jadi kadang kala prestasi kita meningkat dan ada kalanya akan turun balik. Jadi, kita (harus) menguruskan perkara berkenaan (prestasi tidak menentu pasukan) dengan lebih baik lagi.

"Kita berhadapan dengan soal kecederaan selain semangat juang yang tidak konsisten di kalangan pemain terutamanya pada penghujung sesebuah perlawanan. Saya harap kita dapat mengatasi masalah berkenaan pada sesi latihan pasukan (selepas ini)," kata Mukhriz.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima cek berjumlah RM250,000 untuk pasukan Kedah daripada Kumpulan Naza TTDI Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Jumaat.

Menyentuh mengenai sumbangan berkenaan, Mukhriz berkata suntikan dana itu dijangka dapat mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh pengurusan pasukan dalam menghadapi baki saingan Liga Perdana musim
ini.

"Kita menghadapi saingan yang semakin sengit dan saya dapati bahawa kita memerlukan dana untuk mengendalikan pasukan kita.

"Saya lihat (suntikan dana ini) dapat menampung perbelanjaan pasukan kerana kos untuk saingan liga agak tinggi," kata Mukhriz.

Pasukan Kedah kini menduduki tangga kelima liga dengan mengumpul 13 mata selepas mengharungi lapan perlawanan liga setakat ini.

Tags / Kata Kunci: David Mitchell , Mukhriz , Liga Perdana , Kedah , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan