Manchester United Perlu Menang Dengan Villa Untuk Kembalikan Keyakinan Peminat

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mac 2014 7:25 PM

Manchester United perlu menewaskan Aston Villa untuk meredakan kemarahan peminat tegar kelab itu yang semakin berang dengan kekalahan demi kekalahan yang mereka alami musim ini.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER UNITED yang kini berada dalam keadaan yang sangat tertekan untuk memulihkan calar yang terluka akibat dibelasah 3-0 oleh jiran dan musuh tradisi, Manchester City pada Rabu akan menerima kedatangan Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

United tidak mempunyai banyak pilihan melain untuk menang untuk meredakan rasa marah dan kecewa para peminat setia mereka. Mereka tidak pernah tewas sebegitu banyak perlawanan di tempat sendiri sebagaimana yang sedang mereka hadapi sekarang.

Arsenal sepertimana United minggu berhadapan dengan laluan yang sukar sepertimana yang terpaksa dilalui oleh United Rabu lalu.

Ini kerana mereka terpaksa berhadapan dengan City yang sepertimana empat pasukan teratas liga mahu memenangi perlawanan ini untuk terus memberi saingan kepada Chelsea dan Liverpool dalam merampas kejuaraan liga.

Chelsea kini mendahului liga dengan 69 mata diikuti rapat oleh Liverpool dengan 68 mata manakala City yang masih ada dua perlawanan ekstra berbanding Chelsea dan Liverpool berada di tangga ketiga dengan 66 mata. 

Arsenal menduduki tempat keempat dengan 63 mata. Arsenal tidak boleh kehilangan tiga atau dua mata dalam perlawanan pada Sabtu jika mahu terus bersaing untuk merebut kejuaraan liga. 

Secara matematiknya, keempat-empat pasukan teratas masih berpeluang menjuarai liga dengan syarat mereka tidak boleh tewas atau seri dalam baki enam atau tujuh perlawanan musim ini. 

Berikut adalah jadual penuh perlawanan pada malam Sabtu;

> MAN UTD LWN ASTON VILLA (8.40 mlm - Siaran Langsung Astro 831)

> CRYSTAL PALACE LWN CHELSEA (10.55 mlm - Siaran Langsung Astro 831)

> WBA LWN CARDIFF (10.55 mlm - Siaran Langsung Astro 833)

> ARSENAL LWN MAN CITY (1.25 pagi Ahad - Siaran Langsung Astro 831)

> STOKE LWN HULL 

> SWANSEA LWN NORWICH

Ahad: 

> FULHAM LWN EVERTON (8.25 mlm - Siaran Langsung Astro 832)

> LIVERPOOL LWN TOTTENHAM (10.55mlm - Siaran Langsung Astro 831)

Isnin: 

> SUNDERLAND LWN WEST HAM UTD (3.55pagi Isnin - Siaran Langsung Astro 831)

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan