Video: Dzeko Bantu City Benam United

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 9:53 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Dua jaringan Edin Dzeko membantu Manchester City melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris selepas pasukan itu membelasah Manchester United 3-0 pada awal pagi Rabu.

Peluang City untuk memberi saingan kepada pendahulu liga, Chelsea hadir selepas Arsenal hanya mampu mengutip satu jaringan selepas seri 2-2 dengan Swansea.

Manchester City yang bertandang ke Old Trafford tidak perlu menunggu lama untuk berada di depan selepas Edin Dzeko berjaya menyempurnakan umpanan Yaya Toure selepas 43 saat perlawaan bermula.

City yang masih segar dengan kemenangan 5-0 terhadap FUlham pada Sabtu lalu kini hanya ketinggalan tiga mata di belakang Chelsea.

"Ia merupakan permainan yang menakjubkan sejak perlawanan dimulakan hingga ke minit terakhir.

"Kami memulakan permainan dengan lebih awal untuk memberi tekanan dan berjaya mendapatkan gol awal.

"Kami mempunyai peluang untuk menambah jaringan (pada minit ke-10) tetapi kami melakukannya pada separuh masa kedua," kata Dzeko.

Kekecewaan tewas kepada City yang dirasai Pengurus Manchester United, David Moyes juga menimpa Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang kecewa pada minit terakhir permainan.

Arsenal yang hampir menamatkan perlawanan dengan kemenangan dikecewakan oleh gol sendiri hasil kesilapan Mathieu Flamini.

Beban itu semakin merunsingkan Wenger selepas pasukan itu baru sahaja ditimpa 'bala' kekalahan 0-6 kepada Chelsea Sabtu lalu.

Tags / Kata Kunci: Manchester City , Manchester United , EPL

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan