Moyes Denda Smalling Gara-Gara Keluar Malam

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 1:35 PM

Chris Smalling

(Ubah saiz teks)

PENGURUS  Manchester United, David Moyes mengenakan tindakan disiplin terhadap pemain pertahanannya, Chris Smalling. 

The Manchester Evening News memaparkan gambar Smalling berjalan sambil menyanyi di jalan pada pukul 3.15 pagi Sabtu lalu. 

Smalling tidak menyertai rakan-rakan yang lain ke London ketika berdepan dengan West Ham kerana kecederaan hamstring. 

Moyes ternyata tidak gembira dengan tingkah laku pemain berusia 24 tahun itu, namun dia enggan mendedahkan hukuman yang dikenakan ke atas Smalling.

"Saya sudah bercakap dengan Chris dan menyelesaikan perkara itu," jelas Moyes.

Ini bukanlah kali pertama pemain antarabangsa England itu berdepan dengan masalah disiplin sekaligus menimbulkan kontroversi dirinya.

smalling
Smalling memakai pakaian ala pengebom ketika satu majlis parti tertutup Januari lalu.

Bekas pemain Fulham ini pernah dilaporkan memakai pakaian seperti pengebom berani mati pada satu majlis tertutup Januari lalu.

Smalling kemudiannya meminta maaf di atas tindakannya itu yang tidak sensitif dan tidak berfikir panjang ketika memakai pakaian tersebut.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan