Pulau Pinang Rampas Kedudukan Liga Perdana

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 10:37 AM

Penjaga gol Kedah, Saiful Amar Sudar menyelamatkan serangan daripada pemain Pulau Pinang. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Pulau Pinang merampas kedudukan teratas Liga Perdana daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menang tipis 1-0 ke atas Kedah di Stadium Bandaraya. 

Gol tunggal hasil tandukan pemain import dari Korea Selatan, Lee Kwang-Hyun, pada minit ke-56 membolehkan skuad 'Harimau Kumbang' mengumpul 22 mata selepas sembilan perlawanan.

Terdahulu, Pulau Pinang terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-72 selepas Mohd Fakhrul Radzi Yaacob dilayang kad merah oleh pengadil kerana
mengutip kad kuning kedua.

PDRM pula turun ke kedudukan kedua liga selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang Negeri Sembilan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Dua gol skuad 'The Cops' kendalian Dollah Salleh dijaring menerusi sepakan penalti oleh Charles Chad Souza pada minit ke-46 dan Rafael Souza (85') manakala dua gol Negeri Sembilan disumbang Jean-Emmanuel Effa Owona (2') dan S. Sivanesan (72').

Johor Darul Ta'zim II pula naik dua tangga ke kedudukan ketiga liga selepas mengalahkan SPA Putrajaya FC 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Dua gol skuad 'Harimau Selatan' dijaring oleh Braulio Nobrega Rodriguez pada minit ke-50 dan Nicolas Delmonte (54'). 

Felda United FC turut meraih tiga mata berharga selepas menewaskan UiTM FC 4-2 di Stadium UiTM Shah Alam. 

Empat gol skuad 'The Settlers' dijaring oleh Edward Junior Wilson pada minit ketiga, Indra Putra Mahayuddin (26'), Mohd Haris Safwan Mohd Kamal (38') dan Zah Rahan Krangar (90+1') manakala dua gol UiTM FC disumbang oleh Charles Obi Ikechukwu pada minit ke-20 dan 72'.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar pasukan Perlis meraih kemenangan kedua musim ini selepas menang tipis 2-1 ke atas pasukan tercorot liga, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang FC (PBAPP FC). 

Mohd Badrul Hisani Abdul Rahman meletakkan wakil Pulau Pinang itu di depan menerusi rembatan deras seawal minit kedua sebelum Perlis bangkit meraih dua gol pantas menerusi Dao Bakary pada minit ke-10 dan Rosli Muda empat minit kemudian.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan