Bakal Stadium Pasukan Bola David Beckham Di Miami Amerika

Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 9:18 PM

stadium

Rekaan pertama stadium pasukan bola sepak David Beckham. Foto Mail Online

(Ubah saiz teks)

MIAMI (Amerika Syarikat): Bekas kapten pasukan England, David Beckham sudah pun siap merekabentuk stadium pasukan bolasepaknya yang bakal beraksi dalam Liga Bolasepak Amerika dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

Stadium tersebut yang bakal di bina di bandar ini telah didedahkan oleh portal berita Britain, the Mail Online.Ia bakal memuatkan 25,000 tempat duduk dan bakal dibina bersebelahan Pelabuhan Miami.

Stadium tersebut juga bakal menawarkan perkhidmatan restoran, sebuah kelab malam dan kemudahan kesukanan kelas dunia.

Sebuah plaza juga akan dibina sebagai sebahagian daripada kompleks stadium berkenaan sekaligus bakal menjadi destinasi baru membeli-belah di bandar tepi laut ini.

Apabila siap kelak, stadium itu akan menjadi hos kepada 17 perlawanan liga semusim di antara bulan Mac hingga November. Sebahagian besar perlawanan akan berlangsung pada malam Sabtu.

Beckham dan rakan kongsinya akan mengeluarkan modal mereka sendiri tanpa menggunakan wang pembayar cukai untuk membin kompleks stadium baru tersebut.

stadium
Pasukan Beckham berkata cadangan rekaan itu akan mewujudkan destinasi baru buat penduduk Miami. Foto Mail Online

Di samping kelab bolasepak, Beckham juga akan turut membina dan menguruskan akademi bolasepaknya sendiri sebagai sebahagian daripada komitmennya kepada bandar raya ini untuk membangunkan sukan bolasepak di kalangan remaja dan kanak-kanak.

Dengan kapasiti sebanyak 25,000 tempat duduk, stadium baru itu kelak bakal menjadi stadium ketiga terbesar dalam liga Amerika selepas Stadium New England Revolution dan Vancouver Whitecaps.

Stadium pasukan Thierry Henry, New York Red Bulls adalah sama besar dengan stadium yang bakal dibina oleh Beckham nanti.

Ditanya kenapa beliau memilih Miami sebagai pusat aktiviti bolasepaknya, bekas pemain Manchester United, Real Madrid dan Los Angeles Galaxy itu berkata, dia mahu mewujudkan sesuatu dari mula.

Miami pernah memiliki pasukan bolasepaknya sendiri sepuluh tahun lalu tetapi kemudian ditutup kerana kurang mendapat sambutan.

Tetapi sejak Beckham berhijrah ke Los Angeles Galaxy dia telah merevolusikan sukan bolasepak di Amerika yang secara tradisinya lebih mengemari sukan dengan mata yang banyak seperti bola jaring, bola lisut dan bolasepak Amerika (seperti permainan ragbi).


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan