Liga Perdana: PDRM Terus Kuasai Kedudukan Teratas

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 8:41 AM

Pemain PDRM, Chad Charles Souza meraikan jaringan gol kedua pada perlawanan Liga Perdana menentang Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mengekalkan kedudukan pendahulu Liga Perdana walaupun mencatat keputusan seri 3-3 menentang Felda United FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat malam.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad 'The Cops' kendalian Dollah Salleh mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tujuh perlawanan bagi mengutip 19 mata,
berkongsi mata bersama Pulau Pinang namun berkelebihan jaringan.

Tiga gol PDRM dijaringkan oleh Ashfaq Ali pada minit ke-11 dan 79'(penalti) serta Charles Chad Souza (30') manakala gol Felda United FC dihasilkan oleh
Shahrulnizam Mustapa pada minit terakhir separuh masa, Indra Putra Mahayuddin (56') dan Edward Junior Wilson (69').

Pulau Pinang mengekalkan kedudukan kedua liga selepas menang selesa 3-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Pemain dari Korea Selatan, Kim Jin Ryong bagaimanapun meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan seawal minit kesembilan sebelum skuad 'Harimau Kumbang'
menjaringkan tiga gol pantas, masing-masing menerusi Baser Napae (minit ke-12 dan 25') serta Hilton Mauro Moreira (32').

Kedah melonjak tiga anak tangga untuk berada pada kedudukan ketiga liga selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim II 1-0,  hasil jaringan tunggal Billy Mehmet Osman pada minit ke-50 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Terdahulu, pasukan pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohd Aznie Taib diperintah keluar padang oleh pengadil pada minit-minit terakhir permainan selepas mengutip kad kuning kedua.

UiTM FC turut meraih tiga mata berharga selepas menewaskan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang FC (PBAPP FC) dengan keputusan 1-0 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Abdi Kassim Sadallah menerusi sepakan percuma, seawal minit pertama perlawanan.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka pasukan DRB Hicom FC dan Perlis berkongsi satu mata selepas terikat 1-1. 

Gol DRB Hicom FC dijaringkan oleh pemain Perlis, Farouk Hussein yang menanduk ke dalam gawang sendiri sebelum Wittawin Clowuttiwat menyamakan kedudukan untuk Perlis pada minit ke-39.

Perlawanan di antara Sabah dan SPA Putrajaya FC Stadium Likas, Kota Kinabalu pula berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Tags / Kata Kunci: PDRM , Liga Perdana , Dollah Salleh , Kedah , Pulau Pinang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan