EPL: Chelsea Belasah Arsenal Dalam Perlawanan Wenger Ke-1000

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 10:57 PM

Pemain Chelsea meraikan kemenangan besar keatas Arsenal pada saingan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Chelsea bukan sahaja membelasah Arsenal 6-0 malah memalukan Arsene Wenger dalam perlawanannya yang ke-1000 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di sini pada Sabtu sekaligus mengekalkan kedudukan mereka sebagai pendahulu liga. 

Samuel Eto'o (5), Andre Schurrle (7), Eden Hazard (17 pen),  Oscar (42,  66) dan Mohamed Salah (71) merupakan hero Chelsea dalam perlawanan yang dianggap sebagai pelik dan ajaib termasuklah bagaimana pengadil salah melayangkan kad merah kepada pemain yang tidak terlibat melakukan kesalahan.

Bayangkan pemain sayap Arsenal,  Alex Oxlade-Chamberlain yang menampan bola dengan tangannya di kawasan penalti tetapi yang dilayangkan kad merah ialah Kieran Gibbs. Pengadil Andre Marriner tidak dapat membezakan yang mana satu Gibbs dan yang mana satu Oxlade-Chamberlain. Sungguh menghairankan walaupun kedua-dua pemain itu cuba menjelaskan situasi yang sebenar kepada Marriner dia tidak langsung mengendahkan mereka sebaliknya tetap kekal dengan pendiriannya dengan melayangkan kad merah kearah Gibbs.

Tetapi kalamiti itu masih tidak dapat memadam saat yang penuh sengsara buat Arsenal kerana mereka bukan sahaja menjadi mangsa belasahan tetapi bermain dengan penuh berkecamuk - tidak mencerminkan kedudukan mereka sebagai pasukan tangga ketiga sebelum perlawanan malam ini.

Kekalahan ini menyebabkan Arsenal tersingkir satu anak tangga.

Untuk rekod perlu dinyatakan ini bukanlah satu-satunya kekalahan besar Arsenal musim ini. Mereka turut kalah 6-3 kepada Manchester City dan 5-1 di Liverpool.

Menentang Chelsea, dalam tempoh tujuh minit perlawanan bermula mereka sudah ketinggalan 2-0 dan dua gol lagi menjelma sebelum tamat separuh masa pertama.

Apabila separuh masa kedua bermula, Arsenal sedar yang mereka tidak mungkin dapat menyelamatkan keadaan tetapi pada masa yang sama tidak mampu untuk mempertahankan maruah yang sudah pun tercalar itu dengan melepaskan dua gol lagi.

Kesimpulannya selepas 90 minit, ia bukan sahaja kemenangan terbesar José Mourinho sejak memimpin Chelsea malah ia adalah kekalahan terbesar Arsenal kepada  Chelsea dalam tempoh 107 tahun.

Tidak cukup dengan itu, Wenger masih belum berpeluang menumpaskan Mourinho dalam 11 percubaan.

Chelsea bermain bagaikan sang juara dan mereka juga bermain tanpa belas kasihan kepada lawan tradisi mereka itu. Kedua-dua kelab tersebut berpusat di London dan oleh yang demikian adalah jiran yang bersaing sama seperti Manchester United dengan City dan Inter Milan dengan AC Milan.

Kelab serba biru itu kini mendahului liga dengan 69 mata selepas 31 perlawanan dengan baki tujuh perlawanan lagi untuk kembali bergelar juara.

Mengejar mereka ialah Liverpool dengan 65 mata selepas menewaskan Cardiff juga dengan jumlah gol yang besar 6-3.

Mengikut rapat ialah City yang turut mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Fulham yang kini sudah hampir pasti akan tersingkir ke divisyen bawah musim depan jika gagal menang kesemua baki tujuh perlawanan lagi. 

Everton berjaya mengekalkan momentum di tangga kelima dengan kemenangan tipis 3-2 ke atas Swansea. Mereka kini mengutip 54 mata - satu mata di atas Tottenham yang akan menentang Southampton pada Ahad. 

FAKTA PERLAWANAN: 

Chelsea: Cech 7, Ivanovic 7, Terry 6, Cahill 6, Azpilicueta 8; Luiz 7, Matic 7, Schurrle 8, Oscar 8 (Salah, 67), Hazard 8, Eto'o 7 (Torres, 10).

Simpanan tak digunakan: Schwarzer, Lampard, Mikel, Ba, Kalas.

Gol: Eto'o 5, Schurrle 7, Hazard pen 17, Oscar 42, Oscar 66, Salah 70.

Arsenal: Szczesny 6, Sagna 5, Metesacker 5, Koscielny 5 (Flamini, 45), Gibbs 6; Arteta 4, Rosicky 5; Oxlade Chamberlain 4 (Jenkinson, 45), Cazorla 5, Podoloski 5 (Vermaelen, 23) ; Giroud 5.

Simpanan tak digunakan: Fabianski, Sanogo, Kallstrom, Gnabry.

Pengadil: Andre Marriner.

Jumlah penonton: 41,614.

LAIN-LAIN KEPUTUSAN LIGA PERDANA:

> Norwich 2-0 Sunderland.

> Newcastle 1-0 Crystal Palace.

> Hull 2-0 WBA.











Tags / Kata Kunci: Liga Perdana Inggeris , Arsenal , Chelsea

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan