Status Insiden Terowong Larkin Masih Jadi Tanda Tanya

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 4:50 PM

Pablo Aimar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penantian untuk mengetahui keputusan mengenai insiden 'Terowong Larkin' nampaknya masih belum berakhir.

Sehingga kini selepas hampir dua bulan insiden di Terowong Larkin yang mendapat perhatian seluruh peminat bola sepak tanah air belum ada apa-apa perkembangan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman yang mempengerusikan Mesyuarat Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tatatertib FAM Ke-48 pada Jumaat, enggan mengulas lanjut mengenai status mahupun perjalanan siasatan kes ini.

Mengulas pertanyaan media mengenai insiden itu dan juga kes dua pemain Johor Darul Takzim (JDT), Pablo Aimar dan Luciano Figueroa, Ednan berkata: "Pemain-pemain mungkin akan dipanggil minggu depan.

"Kes terowong pula belum ada keputusan dibuat dan akan didengar minggu depan. Mungkin selepas itu kita akan tahu keputusan.

"Keputusan lambat dibuat kerana insiden ini (terowong) merupakan kes berprofil tinggi.

"Pihak kami akan bincang siapa yang akan dipanggil.

"Saya tidak boleh mengulas selebihnya kerana takut bercanggah dengan kenyataan pengerusi Jawatankuasa Tatatertib (Datuk Taufek Abdul Razak)."

Aimar dan Figueroa dituduh melemparkan kata-kata berbaur perkauman kepada pemain import Pahang, Damion Stewart ketika perlawanan Pahang dan JDT di Stadium Darul Makmur, 7 Februari lalu. 

Sementara itu, Ednan mengumumkan dua pasukan dijatuhkan hukuman berdasarkan kes-kes yang berlaku pada 18 Januari lalu.

"Kes pertama melibatkan perlawanan Liga Super di antara Perak dan JDT. 

"JDT berdepan dengan tiga tuduhan iaitu menghalang penyokong-penyokong Perak, kedua - membaling batu sehingga menyebabkan cermin belakang kereta pengurus Perak Datuk Azhar Ahmad pecah dan menyalakan suar.

"Manakala tuduhan ketiga ialah gagal menyediakan langkah keselamatan.

"JDT dikenakan denda RM5,000 setiap satu tuduhan dan kos tambahan terhadap kerosakan kereta sebanyak RM4458.14.

"Jumlah hukuman minimum yang sebenar adalah RM50,000, tetapi atas budi bicara kita dan pengakuan bersalah yang dibuat JDT, jumlah setiap pertuduhan itu dikurangkan," jelasnya.

Manakala kes kedua pula melibatkan pasukan Kelantan ketika bertemu Sime Darby.

"Tuduhan pertama kepada Kelantan ialah membakar 'flash card' oleh penyokong-penyokong mereka, kesalahan kedua ialah kata-kata kesat kepada FAM dan ketiga gagal menyediakan langkah keselamatan.

"Ketiga-tiga tuduhan itu dikenakan denda sebanyak RM5,000 setiap satu," tambah Ednan.


Tags / Kata Kunci: FAM , Ednan Othman , JDT , Kelantan , Sime Darby , T-Team , Terowong Larkin

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan