Di Matteo Antara Pengurus Termahal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 5:36 PM

Di Matteo masih kekal antara pengurus yang menerima gaji tertinggi dunia.

(Ubah saiz teks)

BEKAS pengendali Chelsea, Roberto di Matteo berada dalam kelompok sepuluh senarai pengurus yang menerima gaji tertinggi dunia. 

Agak mengejutkan namanya masih berada dalam kelompok ini memandangkan Di Matteo masih 'berehat' lebih kurang setahun setengah. 

Di Matteo yang membantu Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara 2012 diberikan kontrak selama dua tahun selepas itu, namun dipecat oleh pemilik kelab, Roman Abramovich beberapa bulan kemudian (November 2012). 

Sejak itu Di Matteo tidak memegang mana-mana pasukan, namun dengan jumlah gaji yang diterimanya  £130,000 seminggu (RM707,660 seminggu) dan £8.2 juta (RM44.64 juta setahun) sebelum ini tidak menjadi masalah buatnya untuk tidak tergesa-gesa mencari pasukan.

Menurut majalah bola sepak Perancis, Jose Mourinho masih lagi menguasai kedudukan teratas menerima gaji paling tinggi untuk lima tahun berturut-turut. 

Pengurus Chelsea ini menerima gaji £275,000 seminggu (RM1,496,964 seminggu).

Paling menarik, kedua-dua pasukan Manchester membayar gaji pengurus mereka lebih kurang £100,000 seminggu (RM544,350 seminggu) sekaligus meletakkan David Moyes dan Manuel Pellegrini di luar kelompok sepuluh tertinggi. 

Bagaimana pun gaji Moyes itu dipertikaikan oleh penyokong-penyokong United kerana terlalu tinggi berdasarkan prestasi semasa pasukan.


Senarai kedudukan pengurus yang menerima gaji tertinggi dunia:

1. Jose Mourinho - Chelsea (17)

2.Pep Guardiola - Bayern Munich (15)

3.Roberto Mancini - Galatasaray (14)

4.Carlo Ancelotti - Real Madrid (13.5)

5.Fabio Capello - Russia (12)

6.Marcello Lippi - Guangzhou Evergrande (11.5)

7.Arsene Wenger - Arsenal (9.6)

8.Roberto Di Matteo - Tiada pasukan (8.2)

9.Andre Villa-Boas - Zenit (baharu dilantik) (6.9)

10.Rafael Benitez - Napoli (6.8)

13.David Moyes - Manchester United (6.4)

13.Manuel Pellegrini - Manchester City (6.4)

16.Tata Martino - Barcelona (5.4)

16.Antonio Conte - Juventus (5.4)

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan