Kelantan Kalah 3-2 Kepada Vissai Ninh Binh

Diterbitkan: Selasa, 18 Mac 2014 11:51 PM

Pemain Kelantan Ahmad Shakir (dua, kiri) dilayang kad merah oleh pengadil dalam perlawanan Piala AFC menentang XM Vissai Ninh Binh di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, malam Selasa. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kelantan gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelangang sendiri apabila kalah 3-2 kepada kelab Vietnam, XM Vissai Ninh Binh (VNB) pada aksi ketiga Kumpulan G pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam Selasa.

Kelantan terpaksa bermain dengan sembilan pemain apabila dua penyerangnnya iaitu Ahmad Shakir Md Ali dan Mohd Khairul Izuan Rosli dilayangkan kad merah pada minit ke-33 dan 46.

Pada separuh masa pertama Kelantan memulakan perlawanan dengan aksi hambar apabila pasukan pelawat lebih banyak melakukan serangan menerusi dua penyerang importnya Bryan Kavin Elroy dan Tambwe Patiyo.

Ketiadaan Francis Forkey Doe, Ahmad Fakfri Saarani dan Mohamad Ghaddar di bahagian serangan, nyata memberi kesan kepada skuad 'The Red Warriors' apabila rata-rata pemain yang diturunkan Steve Darby adalah pemain muda.

Pada minit ke-21, pasukan dari Vietnam itu terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Elroy selepas bijak menyudahkan hantaran Le Van Thang.

Kelantan kemudiannya terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila penyerangnya Ahmad Shakir Md Ali dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Bangladesh, Tayeb Hasan selepas pemain itu mengasari pemain lawan Le Van Duyet pada minit ke-33.

Selepas tersentak dengan layangan kad merah itu, Kelantan kemudiannya memperkemaskan jentera serangan dan pada minit ke-38, Muhamad Nazri Ahmad berjaya menyamakan kedudukan apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol pelawat Nguyen Van Hung.

Pada minit-minit akhir separuh masa pertama, Kelantan berjaya mendahului menerusi Mohd Khairul Izuan Rosli pada minit ke-45 apabila bijak menyudahkan hantaran Wan Zaharul Nizam Zakaria.

Pada aksi separuh masa kedua, Kelantan terpaksa beraksi dengan sembilan pemain apabila pemainnya Mohd Khairul Izuan Rosli dilayangkan kad merah setelah mengasari Sim Won Sub seawal minit ke-46.

Pasukan pelawat memanfaatkan kelebihan itu apabila berjaya mengikat kedudukan 2-2 apabila Patiyo berjaya menanduk hantaran silang Le Van Duyet pada minit ke-50.

Darby kemudiannya melakukan pertukaran pada minit ke-59 dengan memasukkan Mohd Badhri Mohd Radzi dan Mohamed Shawky Aly bagi menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria dan Faizul Nazlin Sayuti bagi mengimbangi bahagian tengah selepas pasukannya terpaksa beraksi dengan sembilan pemain.

Namun pasukan pelawat memperoleh gol kemenangan pada minit ke-62 menerusi Voinea Petrisor selepas berjaya menyudahkan hantaran Bryan Kavin Elroy.

Kemenangan tersebut membolehkan VNB mengukuhkan kedudukan di tangga teratas kumpulan G dengan sembilan mata dalam tiga perlawanan. Pada aksi timbal balik Kelantan akan menentang XM Vissai Ninh Binh  di Stadium Ninh Binh, Vietnam, 2 April ini.

KELANTAN: Muhamad Syazwan Yusoff, Tuan Muhamad Faim Tuan Zainal Abidin, Obinna Nwaneri (Captain), Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Tg Hasbullah Raja Hassan,Wan Zaharul Nizam Zakaria, Amar Rohidan, Muhamad Nazri Ahmad, Ahmad Shakir Md Ali, Mohd Khairul Izuan Rosli, Faizul Nazlin Sayuti.

XM VISSAI NINH BINH (Vietnam): Phuoc Tu, Lee Van Duyet, Sim Woon Sub, Voinea Petrisor, Dinh Van Ta, Tambwe Patiyo, Le Van Thang, Quang Hung, Bryan Kavin

Elroy, Nguyen Van Hung, Gia Tu.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan