Liverpool Perlu Sambung Kontrak Rodgers - Gerrard

Diterbitkan: Selasa, 18 Mac 2014 10:55 AM

Brendan Rodgers

(Ubah saiz teks)

KAPTEN Liverpool, Steven Gerrard menggesa pemilik Fenway Sports Group untuk tidak membuang masa dalam menyambung kontrak baharu kepada pengurusnya,  Brendan Rodgers.

Bos Reds itu hanya mempunyai baki setahun lebih kontrak sekarang, walaupun ada pilihan untuk menyambung 12 bulan.

Seperti sedia maklum, kebangkitan Liverpool musim ini seharusnya layak diberi ganjaran kepada pengurus kelahiran Ireland itu untuk berada di situ lebih lama dalam perjanjian yang menguntungkan.

Pada aksi Ahad lalu, mereka menumpaskan musuh ketatnya, Manchester United di Old Trafford 3-0, kemenangan pertama mereka di laman lawan sejak 2009 yang hanya mencatat 16 kemenangan keseluruhan dalam tempoh 118 tahun, sekaligus menjadikan sejarah tersendiri buat skuad Rodgers.

Prestasi memberangsangkan skuad Liverpool musim ini menjadikan mereka berada di landasan persaingan merebut gelaran liga selepas kurang daripada dua tahun Rodgers mengambil alih kelab ini.

Gerrard tidak ragu-ragu sekiranya pengurus itu diberi kontrak baharu.

"Dia adalah istimewa, terus berfikir untuk mengubah formasi, dan cuba bersaing untuk merebut trofi secara peribadi dan keseluruhannya.

"Dia adalah seorang jurulatih muda yang layak menjadi pengurus Liverpool dan dari seminggu ke seminggu dia menunjukkan peningkatan dan telah memberi kesegaran kepada kelab ini.

"Setiap hari saya belajar daripadanya. Apabila kamu menjadi seorang pemain berpengalaman, kamu akan melihat apa yang dilakukan oleh pengurus-jika dia melakukan perkara yang sama.

"Bagi saya dia adalah seorang yang menakjubkan dan saya yakin pemain-pemain lain juga berasa begitu.

"Kami berharap dia akan terus berada di sini, dan berharap ada sesuatu di Boston (tempat tinggal pemilik John W Henry) yang berlaku sekarang kerana kami perlu mendapatkan tandatangannya secepat mungkin," jelas kapten England ini.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Rodgers , brendan , Gerrard

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan