Drogba Kembali Ke Stamford Bridge

Diterbitkan: Selasa, 18 Mac 2014 1:42 PM

Drogba tetap hormat kepada pasukan lamanya, Chelsea.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Galatasaray Didier Drogba akan kembali ke Stamford Bridge dengan penuh beremosi, namun dia tetap fokus untuk menumpaskan bekas kelabnya itu dalam pusingan kedua 16 pasukan Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Penyerang antarabangsa Ivory Coast ini mungkin dikenali sebagai pemain legenda Chelsea namun kini keadaan sudah berubah dan dia mungkin antara salah seorang pemain berbahaya kepada skuad Jose Mourinho. 

Selepas terikat seri 1-1 pada aksi pertama di Turki bulan lalu, Drogba yakin aksi penting ini akan memihak kepada pasukannya. 

"Sangat sukar berdepan dengan Chelsea, tetapi tidak sukar bagi saya untuk berada dalam situasi persaingan.

"Saya adalah milik Galatasaray dan saya perlu profesional. 

"Sudah tentu ia bakal menjadi saat beremosi kepada saya, seperti aksi pertama sebelum ini apabila saya melihat bekas rakan sepasukan dan penyokong-penyokong Chelsea di stadium. 

"Saya pernah menjadi istimewa di sana, tetapi ini adalah dunia persaingan dan ia sangat sukar, sangat hebat dan saya fikir ia akan menjadi situasi yang sama pada aksi esok (Rabu)," jelas Drogba.

Drogba juga berkata, dia tidak akan melakukan sebarang aksi sekiranya menjaringkan gol pada perlawanan ini. 

"Dengan rasa hormat kepada kelab ini, pemain-pemain dan penyokong, saya tidak akan meraikan jaringan itu tetapi saya akan gembira jika kami menang," tambahnya.

Drogba menamatkan kariernya bersama Chelsea di tahap tertinggi dengan membantu menyempurnakan sepakan penalti ketika final Liga Juara-Juara bertemu Bayern Munich dua tahun lalu.

"Saya meninggalkan Chelsea dalam keadaan yang terbaik, dan jika boleh saya ingin melakukan perkara yang sama sekali lagi.

"Namun saya percaya dengan takdir dan jika ingin kembali ke skuad ini, ia sudah lama berlaku.

"Dan sebaliknya berlaku sekarang dan saya tidak ada sebarang masalah kerana gembira berada di Galatasaray.

"Saya hanya mahu fokus kepada perlawanan. Ia sangat penting dan saya mahu menjadi salah seorang daripada mereka.

"Kami benar-benar mahu menang, tetapi jika keputusan hanya seri, kami sudah layak.

"Saya tidak ada apa-apa yang hendak dibuktikan kepada kelab kerana saya sudah melakukan yang terbaik," jelasnya.

Dalam pada sama, bekas pengurus manchester City, Roberto Mancini turut kembali ke England bersama skuad Galatasaray.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan