Pertahanan Rahsia Kejayaan Terengganu Kalahkan JDT - Jurulatih

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 1:50 PM

(Ubah saiz teks)

KETUA jurulatih Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim mendedahkan yang kekentalan barisan pertahanannya adalah rahsia kejayaan mereka menumpaskan pasukan gergasi Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan Liga Super Malaysia, Sabtu lalu.

Jurulatih veteran yang berusia 67 tahun itu telah memperkemaskan disiplin pemain-pemain pertahanannya dalam usaha mereka mengekang kemaraan penyerang-penyerang JDT yang berprofil tinggi. 

Kata Abdul Rahman, sepanjang mengharungi enam perlawanan liga pada musim baru ini, mereka hanya melepaskan dua gol sahaja iaitu rekod terbaik di kalangan 12 pasukan dalam liga setakat ini. 

Walaupun mereka hanya sekadar menjaringkan tujuh gol sahaja iaitu yang paling rendah dari kalangan sembilan pasukan teratas tetapi disiplin barisan pertahanan adalah kunci kepada kedudukan mereka kini selaku pendahulu liga. 

Terengganu telah mengutip 13 mata iaitu sama banyak dengan Kelantan yang kini menduduki tangga ke-2 liga.

JDT dengan senarai bintang bolasepak ternama tempatan dan juga antarabangsa sekadar menduduki tangga ke-5 liga setakat ini.

Mereka menang tiga perlawanan, kalah tiga dan seri satu.

Manakala Terengganu pula menang empat perlawanan setakat ini, seri sekali dan kalah sekali. 

Dalam perlawanan menentang JDT itu, gol kemenangan Terengganu dihasilkan oleh pemain Cameroon, Vincent Bikana pada minit ke-16 perlawanan. Perlawanan tersebut berlangsung di Kuala Terengganu. 

JDT boleh dikira tidak bernasib baik kerana dua percubaan mereka telah terkena palang gol dan beberapa percubaan berbahaya mereka telah diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee yang bermain sangat cemerlang malam itu. 



iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan