Felix Magath Percaya Dia Masih Berpeluang Selamatkan Fulham

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Fulham, Felix Magath percaya yang dia masih berpeluang menyelamatkan kelab London itu daripada terjerumus ke liga bawah musim depan dengan mencatatkan kemenangan memberansangkan 1-0 ke atas Newcastle United Sabtu lalu.

Dengan berbaki lapan perlawanan lagi musim ini, Fulham kini berada di tangga terbawah liga dengan 24 mata iaitu empat mata berbeza dengan Crystal Palace yang berada di zon selamat buat masa ini. 

Fulham boleh dikira bernasib baik kerana empat pasukan yang berada di atas mereka - WBA, Crystal Palace, Sunderland dan Cardiff tidak jauh berbeza dari segi mata. 

Jika Fulham boleh mengekalkan prestasi sepertimana yang mereka tunjukkan ketika menentang Newcastle Sabtu lalu, mereka mungkin berpeluang untuk mempertahankan status mereka sebagai kelab Liga Perdana Inggeris musim depan tetapi itu juga bergantung kepada prestasi empat pasukan ini. 

Kemenangan Fulham itu adalah yang pertama dalam 10 perlawanan liga mereka. 

Magath baru mengendalikan perlawanan keempat Fulham selepas mengambil alih teraju kelab itu dari tangan jurulatih Belanda, Rene Meulensteen.

Dalam rombakan yang dilakukannya, Magath telah menguggurkan penjaga gol antarabangsa Belanda, Maarten Stekelenburg dan memilih David Stockdale sebagai ganti dan penjaga gol itu ternyata tidak mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya dengan bermain cemerlang sepanjang 90 minit. 

Gol kemenangan Fulham dalam perlawanan itu dijaringkan oleh Ashkan Dejagah.

Magath mengakui dia terpaksa membuat satu keputusan yang sukar dengan menguggurkan Maarten tetapi penjaga gol itu kemudian telah menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. 

 

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan