Uli Hoeness Akhirnya Lepaskan Jawatan Presiden Bayern Munich

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mac 2014 8:52 AM

Hoeness mengakui kesal dengan tindakannya mengelak daripada membayar cukai.

(Ubah saiz teks)

ULI Hoeness menghantar surat peletakan jawatannya sebagai Presiden Bayern Munich selepas dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun setengah atas pertuduhan mengelak cukai.

Hoeness, 62, mengakui keputusannya mengelak cukai dengan menggunakan satu akaun bank rahsia di Switzerland sebagai  satu 'kesilapan besar' sepanjang hidupnya.

Beliau mengesahkan tidak akan merayu pada perbicaraan di hadapan pendakwa raya negara itu Khamis ini walaupun peguamnya, Hanns Feigen mengumumkan Hoeness boleh berbuat demikian.

"Selepas berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan untuk menerima keputusan pendakwa raya negara ini berhubung isu cukai membabitkan diri saya.

"Saya meminta peguam untuk tidak membuat rayuan berhubung keputusan itu. Ia menggambarkan pandangan saya mengenai tatasusila, kelakuan dan tanggungjawab.

"Mengelak cukai adalah kesilapan terbesar dalam hidup saya dan saya akan berdepan hukuman akibat kesilapan itu," katanya dalam satu kenyataan di laman web Bayern.

Selepas kes tersebut berjaya didedahkan sebuah majalah Jerman, Hoeness dengan rela hati menemui pihak berkuasa cukai di Jerman untuk mengakui kesalahannya pada awal tahun lalu.

Namun, perbicaraan selama empat hari di Munich minggu ini mendedahkan Hoeness mengelak daripada membayar cukai daripada yang patut diisytiharkannya dengan jumlah awal sebanyak 3.5 juta euro.

Bagaimanapun, ia meningkat secara mendadak kepada lebih 28 juta euro.

Pengumuman pada Jumaat membawa kepada pengakhiran penglibatan Hoeness bersama Bayer selepas menyertai kelab itu sebagai pemain pada 1970.

Tags / Kata Kunci: Uli Hoeness , Bayern Muncih , Jerman

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan