Arsenal: Ozil Rehat Tiga Minggu

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 7:41 PM

Aksi Ozil ketika bertemu Bayern Munich baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan Mesut Ozil bakal berehat selama tiga minggu kerana kecederaan hamstring.

Pemain antarabangsa Jerman yang dibeli dari kelab Real Madrid musim lalu itu tercedera ketika aksi seri 1-1 dengan Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara pada Selasa. 

Wenger berkata, Ozil tidak akan beraksi pada perlawanan menentang Tottenham Ahad ini, dan kurang pasti bila dia akan kembali beraksi.

"Kami kehilangan aksi Ozil untuk seketika  dan tiada masa spesifik bila dia akan sembuh, tetapi minimun tempoh selama tiga minggu.

"Apabila minimum tiga minggu, bermakna maksimum enam minggu. Saya tidak pasti kerana ia kecederaan tahap dua, mungkin mengambil masa empat minggu," jelasnya.

Ketiadaan Ozil ini pastinya memeningkan kepala Wenger kerana dua lagi pemain Aaron Ramsey belum boleh beraksi serta Jack Wilshare pula patah kaki.

Manakala penampilan pemain antarabangsa Sweden, Kim Kallstrom yang dipinjam dari Spartak Moscow mungkin menjadi perdebatan kerana mengalami kecederaan belakang.

"Sudah tentu ia merisaukan, tetapi saya yakin kami mempunyai jalan lain tanpa dia (Ozil). 

"Kami mempunyai ramai lagi pemain yang kreatif, serta mampu menunjukkan prestasi berkualiti," tambah Wenger.

Tags / Kata Kunci: Mesut Ozil , Arsenal , Jerman

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan