Cantona Ditahan Polis Gara-Gara Serang Seorang Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 11:52 AM

Eric Cantona

(Ubah saiz teks)

ERIC Cantona ditangkap dan diberi amaran kerana menyerang seorang lelaki di London.

Bintang legenda Manchester United itu dilaporkan dalam jagaan polis pada Rabu petang berikutan perbalahan yang berlaku  di kawasan Primrose Hill. 

Menurut kenyataan polis Metropolitan: "Pihak polis telah dihubungi oleh Regents Park Road, NW1, pada pukul  12:55 pada hari Rabu 12 Mac berikutan laporan serangan. 

"Pegawai dari Camden Borough tiba di tempat kejadian dan menahan seorang lelaki berusia 40-an kerana disyaki melakukan serangan.

"Dia ditahan dan diberi amaran terhadap tindakannya itu.

"Mangsa serangan tidak mendapatkan sebarang bantuan perubatan ketika di tempat kejadian."

Cantona, yang kini bekerja sebagai seorang pelakon selepas bersara daripada bola sepak, pernah disabitkan kesalahan menyerang penyokong Crystal Palace pada Januari 1995.
 
Berikutan dengan kejadian itu dia dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu sebelum dikurangkan kepada 120 jam bagi melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat.

Cantona juga digantung daripada beraksi selama lapan bulan dan didenda £10,000 (RM54,365) oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Tags / Kata Kunci: Eric Cantona , Manchester United , serangan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan