Pahang Didenda RM30,000

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 7:27 PM

Pihak polis bersedia ketika terdapat segelintir penyokong menimbulkan kekecohan selepas perlawanan Liga Super Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Darul Makmur, Februari lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) didenda RM30,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana tindakan liar penyokong dalam dua perlawanan Piala Sumbangsih dan Liga Super.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman berkata jumlah denda berkenaan diputuskan selepas PBNP mengaku bersalah atas enam pertuduhan termasuk gagal mengawal penyokong daripada menyalakan suar dan memasuki kawasan padang selain kawalan keselamatan yang longgar.

Dua perlawanan berkenaan ialah perlawanan Piala Sumbangsih 2014 menentang Lions XII dari Singapura pada 17 Januari lepas serta aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 7 Februari lepas di Stadium Darul Makmur, Kuantan. 

"Kesemua hukuman ini (RM5,000 bagi setiap kesalahan) tidak boleh dirayu kerana ia adalah hukuman minimum dan ia diputuskan berdasarkan kod tatatertib FAM," kata Ednan kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang berlangsung hampir lima jam di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufik Abdul Razak berkata tiga persatuan lain dikenakan denda dengan kadar yang berbeza selepas mengaku bersalah ke atas beberapa pertuduhan seperti penyokong menyalakan suar selain gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi.

Mereka ialah Persatuan Bola Sepak Perak didenda sebanyak RM20,000 atas empat pertuduhan; Persatuan Bola Sepak Selangor (RM15,000 atas tiga pertuduhan dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (RM10,000 atas dua pertuduhan).

"Kesemua mereka mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang dikenakan dan kita turut memberikan amaran keras kepada mereka supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama," kata Taufik.

Beliau bagaimanapun berkata, Jawatankuasa Tatatertib bersetuju untuk menangguhkan keputusan hukuman ke atas Persatuan Bola Sepak Sarawak yang tidak mengaku salah atas beberapa pertuduhan membabitkan aksi Liga Super antara Sarawak dan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 18 Januari lepas.

"Memandangkan FAS tidak mengaku bersalah, maka pihak jawatankuasa bersetuju untuk menangguhkan kes ini ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian

berdasarkan perkara 36.3 Kod Tatatertib FAM," kata Taufik.
Tags / Kata Kunci: Pahang , Denda , FAM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan