Piala AFC: Selangor Raih Satu Mata Bertemu Maziya

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 9:53 AM

Penjaga gol Selangor, Mohd Hamsani Ahmad dilayangkan kad merah oleh pengadil Mohammad Mousa Abu Loum.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor terus mempamerkan aksi hambar selepas sekadar terikat 1-1 menentang wakil Maldives, Maziya Sports and Recreation Club pada aksi kedua kumpulan F, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Nasional Maldives, Selasa malam.

Skuad 'Gergasi Merah' yang mencatat keputusan sama pada aksi sulung kumpulan menentang wakil Indonesia, Arema Cronus, minggu lepas berada di hadapan, hasil sentuhan penyudah pemain import dari Australia, Steve Pantelidis pada minit ke-43, demikian dipetik daripada laman web AFC;www.the-afc.com. 

Mereka bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-51 selepas penjaga gol, Mohd Hamsani Ahmad dilayangkan kad merah oleh pengadil Mohammad Mousa Abu Loum dari Jordan kerana melakukan kekasaran ke atas pemain tuan rumah. 

Mohammad Mousa kemudian menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten pasukan Maziya, Mohamed Ahmed untuk membolehkan mereka menyamakan kedudukan.  

Dalam pada itu, wakil Vietnam, Hanoi T&T mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan Arema Cronus dengan keputusan 3-1 di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia. 

Kemenangan tersebut membolehkan mereka meraih enam mata selepas dua perlawanan.  Wakil Vietnam itu akan melayan kunjungan pada aksi ketiga kumpulan di Stadium Hang Day, Hanoi manakala Maziya menentang Arema Cronus di venue yang sama. 

Kedua-dua perlawanan berkenaan dijadual berlangsung pada 19 Mac ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan