Piala AFC: Durakovic Mahu Selangor Kutip Mata Penuh

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 12:12 PM

Durakovic (kiri) mahu skuadnya mengutip mata penuh menjelang pertemuan dengan Maziya Sports and Recreation Club, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih pasukan Selangor, Mehmet  Durakovic menyasarkan skuad kendaliannya mampu meraih tiga mata berdepan wakil Maldives, Maziya Sports and Recreation Club pada aksi kedua kumpulan F, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Nasional Maldives, Selasa. 

Pengendali dari Australia itu berkata kemenangan ke atas pasukan tuan rumah diharap dapat memulihkan kembali maruah mereka selepas sekadar terikat seri 1-1 ketika berdepan pendahulu Liga Super Indonesia, Arema Cronus pada aksi sulung kumpulan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 25 Februari lepas. 

"Tapi pemain kami sudah pun beraksi dengan cukup baik dalam perlawanan tersebut dan saya mahu mereka mengulanginya untuk perlawanan menentang Maziya

ini. 

"Kami perlu permulaan baik dalam saingan Piala AFC musim ini dan mahu membawa pulang tiga mata penuh," Durakovic dipetik sebagai berkata dalam lamanweb rasmi pasukan, www.faselangor.my.

Beliau bagaimanapun mengingatkan para pemain supaya tidak memandang rendah kemampuan pasukan tuan rumah kendalian Mahfooz Ismail yang kalah 1-5 kepadawakil Vietnam, Hanoi T & T pada aksi pembukaan di tempat lawan, 25 Februari lepas.  

"Saya rasa mereka tetap pasukan yang bagus apabila beraksi di gelanggang sendiri. Bukan mudah sebenarnya buat kami untuk menghadapi perlawanan ini. 

"Pasti satu perlawanan yang sukar bagi kami, tapi dengan sikap profesional yang dimiliki para pemain Selangor, saya yakin mereka mampu menjalankan taktikal dan falsafah yang diterapkan. Rasanya semua akan okey," kata Durakovic.

Berkongsi pandangan yang sama ialah kapten pasukan, Mohd Bunyamin Umar yang berharap skuad 'Gergasi Merah' mampu membawa pulang tiga mata penuh pada perlawanan nanti. 

"Tapi jika tidak berjaya sekali pun, kami tetap cuba untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata," katanya. 

Durakovic hanya membawa 18 pemain ke Maldives selepas lima pemain lain mengalami kecederaan iaitu Syamim Othman, Shazlan Alias, P. Rajesh, Mohd Raimi Md Nor dan A. Thamil Arasu.

Tags / Kata Kunci: bolasepak , selangor , durakovic

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan