Pele Yakin Brazil Mampu Jadi Tuan Rumah Terbaik

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 5:47 PM

Pele bergambar bersama trofi Piala Dunia FIFA di Paris. Foto: AFP

(Ubah saiz teks)

LEGENDA bola sepak dunia, Pele menganggap  menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2014 adalah satu peluang terbaik untuk Brazil.

Pele yakin perlawanan-perlawanan ini akan menjadi satu ingatan kepada semua, dalam masa sama bakal menjadi harapan dan tekanan besar kepada pasukan tuan rumah yang dipimpin oleh Luiz Felipe Scolari. 

Sebelum ini penganjur bola sepak dunia ini telah dicemari dengan berita-berita negatif mengenai tempoh persiapan 12 stadium pada masa yang ditetapkan.

Ancaman keganasan jalanan yang berlaku ketika Piala Konfederasi tahun lalu juga turut menghantui perjalanan persiapan kejohanan ini, namun Pele percaya Brazil mampu menghadapinya.

"Ini adalah peluang terbaik. Ia satu perkara yang menakjubkan buat Brazil.

"Saya fikir selepas menjadi tuan rumah Piala Konfederasi tahun lalu, pihak kerajaan telah menjalankan susun atur yang lebih baik untuk Piala Dunia. 

"Saya harap ia bakal menjadi kejohanan Piala Dunia yang terbaik. Kami memang layak menjadi yang terbaik.

"Saya rasa ini peluang baik untuk negara, untuk menjana pendapatan dan menaikkan industri pelancongan.

"Dan ia penting demonstrasi tidak rosakkan semuanya, jadi kami akan bekerja keras," jelas pemenang Piala Dunia 1958,1962 dan 1970.

Pele berkata, kejohanan pada tahun 1966 meninggalkan kesan besar kepadanya ketika tewas kepada England dalam saingan kumpulan.


Tags / Kata Kunci: Pele , Piala Dunia , Brazil

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan