Piala FA: Man City Tewas 2-1 Kepada Wigan - Bola Sepak | mStar

Piala FA: Man City Tewas 2-1 Kepada Wigan

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 10:39 AM

Pemain-pemain Man City kelihatan kecewa selepas ditewaskan Wigan pada saingan suku akhir Piala FA, awal pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City tewas 2-1 kepada Wigan pada aksi suku akhir Piala FA di Stadium Etihad awal pagi Isnin.

Prestasi Man City yang tidak bermaya dengan rata-rata pemain mereka baharu menamatkan tugas antarabangsa gagal menyekat serangan pihak lawan.

Wigan tampil kukuh di barisan pertahanan, dan bekerja keras cuba memecah barisan lawan sebelum mendapat sepakan penalti pada minit ke-26 apabila Martin Demichelis menjatuhkan Marc-Antoine.

Jordi Gomez menyempurnakan sepakan penalti ke bahagian kiri yang menyaksikan penjaga gol, Costel Pantilimon menjatuhkan badan di sebelah kanan.

Pada babak kedua, Wigan menggandakan jaringan selepas dua minit aksi bermula melalui Jamesd Perch.

Peluang Man City menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-68, namun hantaran lemah sudut dari Nasri ke Micah Richads dapat dihalang oleh pemain lawan.

Kemenangan ini menyaksikan Wigan pertama kali menang di di Etihad dalam lapan pertemuan, serta kemenangan enam berturut-turut buat pasukan kendalian Uwe Rösler.

Manakala City tidak pernah tewas kepada Wigan dalam sepuluh pertemuan ketika aksi luar Piala FA.


Senarai pemain:

Manchester City: Pantilimon, Richards, Demichelis, Lescott, Clichy, Navas, Toure, Garcia, Nasri, Negredo, Aguero. Subs: Hart, Kompany, Kolarov, Rodwell, Milner, Silva, Dzeko. 

Wigan Athletic: Carson, Perch, Boyce, Ramis, Crainey, McCann, McArthur, McEachran, McManaman, Gomez, Fortune. Subs: Al Habsi, Rogne, Barnett, Holgersson, Espinoza, McClean, Maynard.
Tags / Kata Kunci: Man City , Wigan , Piala FA
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan