Pemain Senior Boleh Bermain Dalam Pasukan Piala Presiden

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mac 2014 3:52 PM

Afandi Hamzah

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan piala Presiden kini boleh menggunakan khidmat dua pemain senior bagi menguatkan lagi skuad mereka berdepan dengan saingan musim ini.

Presiden Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah berkata, hanya dua pemain senior dibenarkan boleh bermain dengan pasukan Piala Presiden ini.

"Kita telah membuat keputusan hanya dua orang pemain tempatan yang boleh digunakan bagi membantu skuad presiden mengikut syarat-syarat yang dibenarkan.

"Keputusan ini tidak terlalu lewat kerana saingan piala presiden baharu sahaja bermula dan kelonggaran ini sudah boleh digunakan.

"Perubahan ini dibuat bagi memberi peluang kepada pemain-pemain senior untuk beraksi kerana saya sedia maklum ada beberapa pemain tidak disenaraikan dalam barisan pemain utama dan tidak beraksi, dan dalam masa juga boleh membantu skuad muda tersebut.

"Jadi sekurang-kurangnya mereka (pemain senior) boleh menunjukkan aksi walaupun dalam skuad Piala Presiden.

"Pun begitu, penyertaan dua pemain senior hanya dibenarkan pada saingan pusingan awal sahaja, bukan dalam peringkat kalah mati," katanya media selepas Mesyurat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Kali ke-21 Bagi Sesi 2010-2014, Jumaat.

Dalam pada itu Afandi juga memaklumkan bahawa tempoh pemindahan kedua mula dibuka kepada pemain-pemain tempatan bermula 23 Mac hingga 21 April.

"Manakala tempoh perpindahan bagi pemain import bermula 23 Mac hingga 19 April, tempoh empat minggu yang dibenarkan.

"Tiga pemain tempatan boleh didaftarkan dalam tempoh ini, manakala empat orang pemain import dibenarkan.

"Ia bergantung kepada kehendak pasukan masing-masing," jelasnya.


Tags / Kata Kunci: Bolasepak , FAM , Afandi , piala presiden

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan