Inter Milan Sahkan Pembelian Nemanja Vidic Dari United

Diterbitkan: Khamis, 6 Mac 2014 10:16 AM

Nemanja Vidic yang telah banyak membantu United meraih kejuaraan sejak 2006 kini bakal menyarung jersi Inter Milan selepas kelab Itali itu mengesahkan telah membeli pemain pertahanan terbabit pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

INTER Milan pada Rabu mengesahkan pembelian kapten Manchester United, Nemanja Vidic yang akan mula bermain bersama mereka musim depan untuk selama tiga musim.

Sebagai ejen bebas, Inter tidak perlu membayar sebarang pampasan atau yuran perpindahan kepada United.

Vidic dilaporkan bakal menerima gaji sebanyak £3 juta bersih semusim daripada Inter selepas bayaran cukai.

President Inter, Erick Thohir dengan segera menyifatkan kejayaan mereka memperolehi khidmat Vidic sebagai pelengkap kepada kekuatan barisan pertahan pasukan itu musim depan.

"Dia adalah pemain kelas dunia dan tidak ada kelab yang tidak mahu mendapatkannya...jadi Inter sangat bertuah kerana Vidic memilih untuk bermain dengan kami musim depan," ujar Thohir lagi.

Dengan mengikat Vidic untuk tempoh tiga tahun, pemain yang berusia 32 tahun itu akan bermain untuk Inter sehingga dia mencapai usia persaraan.

Bagaimana pun untuk membolehkan Vidic mengaktifkan kontraknya bagi tahun yang ketiga, dia perlu bermain sejumlah permainan yang ditetapkan terlebih dahulu.

Hanya selepas memenuhi kuota tersebut barulah kontraknya untuk tahun yang ketiga boleh dikuatkuasakan.

Ini bermakna Vidic perlu elak daripada kecederaan serius dalam tempoh dua tahunnya yang pertama bersama Inter.

Sejak tiba di Old Trafford dari Spartak Moscow pada harga £7 juta pada Januari 2006, Vidic telah menjadi tulang belakang pertahan United dengan membentuk pasangan yang ideal bersama Patrice Evra.

Dan Evra, 32, sepertimana Vidic juga tidak ditawarkan kontrak baru oleh United apabila musim ini tamat Mei nanti.

United mempunyai polisi yang ketat tidak menawarkan kontrak melebihi setahun kepada mana-mana pemain yang telah mencapai umur melebihi 30 tahun.

PERJALANAN KERJAYA NEMANJA VIDIC:

1981: Lahir 21 Oktober di Titovo Uzice, Yugoslavia.

1996: Menjadi pemain profesional bersama Red Star Belgrade.

2000-01: Dipinjamkan kepada Spartak Subotica.

2001-02: Kembali ke Belgrade dan menang Piala Yugoslavia.

2002: Oktober, terpilih mewakili Serbia and Montenegro selepas Yugoslavia berpecah dalam perlawanan menentang Itali  dalam kelayakan Euro 2004.

2004: Terpilih menjadi kapten Red Star dan menjuarai Liga Serbia and Montenegro.

2004: Julai, berpindah ke Spartak Moscow.

2005: 25 Disember, Manchester United mengesahkan pembelian Vidic pada harga £7 juta. Bermain pertama kali untuk United dalam separuh akhir Piala Carling menentang Blackburn.

2006-07: Bersama United mempertahankan kejuaraan liga selepas digandingkan dengan Rio Ferdinand. Juga bermain dalam perlawanan akhir Piala FA yang mana Chelsea muncul juara.

2007: 8 November, menandatangani perlanjutan kontrak bersama United untuk dua musim lagi.

2008: Sekali lagi menjuarai liga perdana dan Piala Juara-Juara Eropah menumpaskan Chelsea di Moscow.

2009: Memenangi kejuaraan liga untuk kali yang ketiga dan menumpaskan Tottenham dalam final Piala Carling tetapi kemudiannya tewas ditangan Barcelona dalam final Piala Eropah di Rom.

2010: Untuk kali kedua berturut-turut memenangi Piala Carling menumpaskan Aston Villa di Wembley.

2013: Memungut pingat Liga Perdana  Inggeris untuk kali yang kelima dalam sejarah kerjayanya.

2014: Mengumumkan perpindahannya ke Inter Milan berkuatkuasa musim depan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan