Bayern Hebat Tetapi Tidak Bahaya - Wenger

Diterbitkan: Selasa, 4 Mac 2014 12:51 PM

Arsene Wenger

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger percaya Bayern Munich merupakan sebuah kelab yang hebat, tetapi tidak sehebat musim lepas.

Skuad Wenger tewas 2-0 kepada Bayern pada pusingan pertama 16 pasukan bulan lalu, namun dia yakin barisan pemain-pemain Pep Guardiola mampu ditewaskan.

"Tahun lalu Ribery dan Robben berganding bahu dan mereka berada di posisi terbaik, jadi Bayern menjadi sangat kuat di barisan depan.

"Tahun ini mereka masih berkuasa, tetapi saya rasakan mereka sudah hilang bahaya dan saya dapat lihat itu ketika di Arsenal.

"Ketika kami bermain hanya sepuluh orang, mereka gagal mencipta peluang yang bahaya," jelasnya.

Wenger juga bercakap mengenai Real Madrid yang kini berada dalam kemuncak prestasi selepas mengetepikan Schalke 6-1 pada aksi pertama.

"Real Madrid kini berada jauh daripada pasukan lain...bagi saya, inilah pasukan yang mempunyai keseimbangan terbaik," tambahnya.

Arsenal bakal bertandang ke Munich pada 11 Mac bagi aksi timbal balik.

Tags / Kata Kunci: Arsene , Wenger , Bayern , Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan