England Diundi Dalam Kumpulan Mudah Euro 2016

Diterbitkan: Isnin, 24 Februari 2014 9:49 AM

(Ubah saiz teks)

ENGLAND telah diundi dalam kumpulan mudah pusingan kelayakan  Piala Eropah yang bakal diadakan di Perancis pada 2016. 

Lain-lain pasukan yang diundi untuk berada dalam Kumpulan E itu ialah Switzerland, Slovenia, Estonia, Lithuania dan San Marino.

Dengan penambahan pasukan untuk ke pusingan akhir dari 16 negara kepada 24, maka dua  pasukan teratas kumpulan akan layak secara automatik menjadikan England sebagai pilihan utama menjuarai kumpulannya. 

Undian yang berlangsung di Nice, Perancis pada Ahad juga menyaksikan San Marino, telah diundi untuk berada bersama England bagi kali kedua selepas mereka berada dalam kumpulan England pada pusingan kelayalan Piala Dunia. 

Dalam kedua-dua perlawanan itu England membelasah San Marino, 5-0 dan 8-0.

Bagaimanapun barang diingat yang dari segi ranking Fifa, Switzerland berada jauh lebih baik berbanding England. Switzerland kini menduduki tangga keenam dunia manakala England 15.

Namun bagi pengurus England, Roy Hodgson, sudah tentulah diundi untuk berada dalam kumpulan yang sama dengan Switzerland akan membawa kenangan manis kerana dia pernah membimbing mereka untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat. 

Juara bertahan, Sepanyol pada mulanya diundi dalam Kumpulan C bersama-sama anggota baru Fifa dan Uefa, Gibraltar tetapi oleh kerana kedua-dua negara jiran itu dari segi politik masih bersengketa, Uefa terpaksa mengeluarkan Gibraltar dari kumpulan itu dan kemudiannya diundi berada dalam Kumpulan D bersama Jerman. 

Berikut Adalah Undian Penuh Kumpulan Pusingan Kelayakan Euro 2016:

Kumpulan A: Belanda, Republik Czech, Turki, Latvia, Iceland, Kazakhstan

Kumpulan B: Bosnia & Herzegovina, Belgium, Israel, Wales, Cyprus, Andorra

Kumpulan C: Sepanyol, Ukraine, Slovakia, Belarus, Macedonia, Luxembourg

Kumpulan D: Jerman, Republik Ireland, Poland, Scotland, Georgia, Gibraltar

Kumpulan E: England, Switzerland, Slovenia, Estonia, Lithuania, San Marino

Kumpulan F: Greece, Hungari, Romania, Finland, Ireland Utara, Faroe Islands

Kumpulan G: Rusia, Sweden, Austria, Montenegro, Moldova, Liechtenstein

Kumpulan H: Itali, Croatia, Norway, Bulgaria, Azerbaijan, Malta

Kumpulan I: Portugal, Denmark, Serbia, Armenia, Albania
Tags / Kata Kunci: england euro , undian euro , euro , england

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan