Pelantikan Annuar Musa Dalam JPBSN Berdasarkan Pendekatan Inklusif - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelantikan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa dalam Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara (JPBSN) adalah berdasarkan pendekatan inklusif supaya semua dapat beri pandangan kepada jawatankuasa berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau ingin melihat semua pihak terlibat dalam program berkenaan dan program itu tidak akan berjaya tanpa penglibatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Saya buat lantikan itu atas kapasiti saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara dan atas kapasiti saya sebagai Menteri," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 bagi Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Rakyat di sini Isnin.

Khairy turut menyentuh mengenai tindakan FAM yang menggantung Annuar namun dibenarkan membuat sidang akhbar dan mengumumkan pelbagai perkembangan pasukan Kelantan.

"Bukankah itu juga aktiviti bola sepak? Kalau hendak kuatkuasakan penggantungan haruslah tegas. Tidak boleh ada dwistandard," katanya.

Sebelum ini FAM memutuskan bahawa pelantikan Annuar sebagai anggota jawatankuasa program itu sebagai tidak sah kerana beliau masih dalam tempoh penggantungan sehingga 4 Oktober 2014.

Beliau digantung pada April tahun lepas selama dua tahun setengah kerana didapati melanggar Artikel 88 Statut FAM.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut dilapor telah menetapkan bahawa individu yang digantung tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana aktiviti berkaitan bola sepak.

Menyentuh masalah rumput di padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang usang, Khairy menjelaskan masalah itu akan selesai dengan pelantikan kontraktor untuk menggantikan dan menyelenggara rumput berkenaan dengan kos RM3.4 juta bagi tempoh 2014 hingga 1 Jun 2017.

"Saya percaya perkara ini dapat selesaikan masalah padang berkenaan. Saya tidak cadangkan rumput tiruan kerana acara padang seperti rejam lembing dan sebagainya boleh merosakkan rumput tiruan," jelas beliau.

Sementara itu dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, Khairy berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada AFC berhubung isu pelantikan Annuar dalam JPBSN.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan FAM dan Annuar untuk menyelesaikan masalah itu.

"Saya juga tidak mahu melihat FAM diambil tindakan oleh pihak Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) oleh kerana jawatankuasa ini.

"Jawatankuasa ini amat memerlukan penglibatan FAM bagi pandangan mereka yang mewakili badan pengendalian liga profesional, yang mana 'graduan' daripada pelan ini, yang tertumpu kepada penglibatan bakat awal berumur tujuh hingga 17 tahun," katanya.

Khairy berkata jawatankuasa berkenaan berperanan sebagai platform setiap anggota memberikan cadangan dan pendapat bagi menambah baik perancangan bola sepak negara.

"Pelan pembangunan bola sepak ini amatlah penting. Ia bukan saja melibatkan pemain remaja dan jurulatih tetapi juga untuk membentuk falsafah dan 'DNA' bola sepak tanah air.

"Kita ingin membentuk satu generasi pemain bola sepak yang lebih mantap pada masa depan. Fasa pertama pelan ini mempunyai garis masa daripada 2014 hingga 2020, yang mana sasaran kita adalah untuk melayakkan diri ke pertandingan Piala Dunia Belia 2019. Pelan ini akan membabitkan 52,000 pemain menjelang 2020," kata Khairy.

Pada Ahad, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam sidang akhbar berkata wakil FAM tidak dibenarkan melibatkan diri dalam JPBSN selagi Annuar menganggotai jawatankuasa itu.

Hamidin berkata perkara itu telah diputuskan AFC dan dimaklumkan kepada FAM Jumaat lepas.

Annuar tidak boleh berada dalam jawatankuasa itu kerana masih dalam tempoh penggantungan yang hanya akan berakhir pada 4 Oktober 2014 selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 FAM yang memperuntukkan hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM boleh memberi kenyataan media berkenaan skuad bola sepak kebangsaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kafa , Tan Sri Annuar Musa , JPBSN

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan